Jumaat, 17 Disember 2010 By: Abdul Hadi

Adakah anda BERSEDIA untuk menjadi CALON AJKT PCZ 2011

Alhamdulillah setelah hampr 9 bulan saya diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai tunjang penggerak kepada Perubatan Cawangan Zagazig, kini sesi PCZ 2010 telah berakhir. Sepanjang saya yang merupakan kali pertama bergerak sebagai peneraju utama sesebuah organisasi yang besar seperti ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari disamping beberapa muhasabah yang saya sediakan kepada kita semua sebagai ahli PCZ terutamanya kepada yang bakal bergelar kepimpinan kepada bahtera yang penuh gelora ini.

Disini cuba saya senaraikan beberapa aspek penting kepada semua bakal-bakal AJKT PCZ semata-mata untuk sekurang-kurangnya kita sedar adakah kita benar-benar BERSEDIA untuk menjadi seorang pemimpin ISLAM yang berjaya ataupun kita sekadar menjadikan dunia kepimpinan ini sebagai KERJA SAMPINGAN untuk memenuhi masa lapang kita. Perlu dingatkan sekali lagi tugas kita menjadi kepimpinan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan seterusnya menambahkan neraca amalan kebaikan kita disaat kita bertemu dengan tuhan pencipta semesta ini. Jangan pula disebabkan kita alpa ataupun TIDAK BERSEDIA sepenuhnya saat menerima tanggungjawab ini menyebabkan kita gagal menyempurnakan taklifan yang terpundak dibahu kita sehingga ia menjadi fitnah kepada jemaah Islam ini dan membawa kepada dosa ketika kita dihisab di akhirat kelak, nauzubillah min zalik.

Insyallah saya akan menyusun kriteria ini mengikut turutan dari yang paling penting kepada perkara-perkara sampingan dan ini semua saya catatkan hanya berdasarkan pengalaman selama 9 bulan menjadi pengerusi dan ianya sebagai cadangan dari peribadi saya bukannya syarat wajib kepada seseorang pemimpin atas sebab kita tidak mahu gerak kerja PCZ menghadapi compang disebabkan penggeraknya yang bermasalah. wallahu a'lam

PERTAMA Fikrah Islam yang benar-benar jelas.

Rational saya memilih ini sebagai kriteria terpenting adalah kerana bagi saya semua item-item yang akan saya sebut selepas ini sangat-sangat berkait rapat dengan item ini.

Apa yang dimaksudkan dengan mempunyai fikrah Islam yang benar-benar jelas adalah seseorang itu sentiasa menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam setiap gerak kerja yang ingin mereka laksanakan sebagai seorang pemimpin. Mereka juga benar-benar yakin hanya Islam yang dapat menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul dari kalangan manusia kerana sifat yang ada pada Islam itu yang bersifat SYUMUL iaitu melingkupi segenap aspek kehidupan.

KEDUAKomitmen yang mantap dalam gerak kerja

Seperti yang telah saya katakana sebelum ini, fikrah yang benar-benar jelas adalah perlu kerana dengan ia sahaja mampu mentarbiyyahkan jiwa seorang penggerak kepada persatuan Islam untuk terus komited pada setiap gerak kerja yang ada kerana tiada istilah letih dan penat didalam kita melaksanakan tugasan sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Fikrah ini akan terus menerus menyuburkan jiwa kita agar tidak sekali-kali berputus asa sewaktu kita dilanda cubaan ataupun tribulasi.

Perlu kita maklumi walaupun PCZ dilihat hanya sebagai sebuah persatuan kebajikan di Zagazig, tetapi tugasan kepada setiap AJKT PCZ adalah sangat banyak dan sememangnya akan menguji tahap pengorbanan yang sanggup kita sumbangkan untuk kebaikan mahasiswa dan mahasiswi yang lain. Sebagai contoh, tidak menjadi suatu yang pelik jika tiba minggu-minggu yang padat, setiap daripada AJKT akan pulang kerumah melewati jam 12 malam atas sebab tugasan yang banyak. Jadi kepada setiap bakal-bakal AJKT PCZ, pastikan anda sudah persiapkan diri anda menuju kearah peningkatan komitmen dan pengorbanan supaya tidak menggangu dan menyusahkan AJKT lain. Percayalah ON CALL adalah perkara biasa ketika anda menjadi seorang AJKT, masa bermain berkurang, masa belajar sedikit terjejas tetapi jika anda benar-benar yakin pada janji pertolongan Allah, insyallah masa itu sentiasa ada untuk anda semua.

KETIGADengar dan taat pada pimpinan yang lebih tinggi.

Seseorang AJKT itu perlu mempunyai tahap ketaatan yang tinggi kepada pimpinannya yang lebih tinggi selagimana arahan tersebut tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Asunnah kerana adakala sesuatu arahan yang memerlukan tindakan yang cepat perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan keburukan yang lebih pada masa hadapan. Cumanya mungkin penjelasan boleh dibuat pada masa yang lebih sesuai jika ia berhajat kepadanya.

KEEMPAT Akhlak

Perkara biasa yang kita dengar berkaitan akhlak yang dituntut oleh Islam, dan sememangnya ia memainkan peranan didalam menjaga nama baik PCZ. Bayangkan jika AJKT PCZ sendiri terlibat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah-masalah HISBAH seperti masalah sosial ataupun perkara-perkara lain yang bertentangan dengan syariat Islam, maka secara automatiknya persatuan PCZ akan mendapat nama buruk dan nama buruk tersebut akan dibahagikan sama rata kepada semua AJKT yang lain.

Setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan buat semua bakal-bakal AJKT PCZ 2011 dan saya yakin dan percaya disaat anda menandatangani borang pencalonan itu, anda pasti telah membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk anda semua memulakan kehidupan baru didalam hidup anda sebagai seorang PEMIMPIN.

Selamat bertugas, dan selesaikan amanah-amanah yang telah dipikulkan dibahu sahabat-sahabat, usah takut dan usah gentar kami semua selaku ahli PCZ akan tetap menjadi tulang belakang dalam menggerakkan program-program Islam yang terdapat didalam perancangan sahabat-sahabat semua dan yang lebih penting yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan para pendokong agamaNya yang mulia ini.

…melayari dakwah melalui tarbiyyah…

0 comments:

Catat Ulasan

Jumaat, 17 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan