Selasa, 21 Jun 2011 1 comments By: Abdul Hadi

INSPIRASI.. bila giliran aku...

Setiap dari kita pasti mempunyai pelbagai jenis impian dan keinginan,, kadangkala, keinginan itu mudah untuk kita miliki,, tetapi adakalanya keinginan itu merupakan satu perkara yang mustahil pada diri kita,, namun atas dasar kesungguhan yang kita tunjukkan, insyallah apa-apa sahaja perkara yang mustahil pada asalnya mungkin boleh bertukar kepada perkara kelaziman pada kita...

apa-apa pun,, ada suatu impian yang pastinya setiap daripada kita yang bergelar MUSLIM ini pernah terlintas difikiran kita,,, walaupun kita sedar, sebenarnya kita pastinya langsung tidak layak untuk bertemu dengannya,, tapi apa salahnya kita berharap,, mungkin satu hari nanti Allah dapat membuka hijab kita untuk bertemu dengan kekasih kepada kita semua,, penghulu bagi sekalian rasul dan manusia,,

DIAlah Muhammad Rasulallah SAW...

hari ni saya nak berkongsi satu cerita bagaimana caranya untuk kita berMIMPI bertemu dengan Rasulallah,, moga dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita semua,, kisah ini pon saya dapat daripada u-tube...

Pada suatu hari,, datang seorang pelajar bertemu dengan gurunya dan bertanya kepada gurunya bagaimana dia dapat melihat Rasulallah... kemudian gurunya berkata kepada pelajar tersebut untuk datang ke rumahnya untuk beliau mengajar bagaimana cara-cara untuk melihat rasulallah didalam mimpi pelajar tersebut,,,

dipendekkan cerita,, pada suatu malam,, pelajar tersebut datang kerumah gurunya dan meminta agar diajarkan kepadanya bagaimana untuk dia bertemu dengan Rasulallah,, tetapi secara tenang gurunya meminta dia bersabar dan menjamu pelajar tersebut dengan hidangan makan malam yang sangat masin,, semasa pelajar tersebut sedang makan,, beberapa kali dia meminta keizinan gurunya untuk meneguk air kerana tidak tertahan dengan kemasinan makanan yang dijamahnya,, tetapi gurunya melarang dia dari melakukan perkara tersebut sehinggalah pelajar tersebut dapat menghabiskan kesemua makanan yang masin tersebut....

sesudah makan,, tanpa berlengahkan masa,, pelajar tersebut terus meminta gurunya untuk mengajarkan kepadanya bagaimana cara untuk bertemu dengan Rasulallah didalam mimpi,, tetapi gurunya meminta agar pelajar tersebut terus tidur tanpa meminum sedikit air pon,,, dalam keadaan sedikit kecewa,, pelajar tersebut tetap taat dengan perintah gurunya tersebut...

keesokkan harinya,, gurunya bertanya kepada pelajar tersebut apa yang dia mimpikan semalam,, kemudian pelajar tersebut berkata kepada gurunya bahawa dia bermimpi 3 perkara sepanjang tidurnya malam tersebut...

pertama,, dia bermimpi hujan lebat yang turun ... kedua,, dia bermimpi terlihat anak sungai mengalir didepan matanya... ketiga,, dia bermimpi lautan luas yang terbentang didepan wajahnya...

kemudian dia bertanya kepada gurunya,, apakah maksud kepada mimpinya tersebut,,, dan dengan penuh berhikmahnya, guru tersebut berkata kepada pelajarnya bahawa itulah pelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajarnya,, gurunya berkata bahawa mimpi pelajarnya adalah benar kerana orang yang sedang benar-benar dahaga pasti akan sentiasa teringat akan AIR kerana itulah kecenderungannya ketika itu,,

....see your smile when you see me....

Jadi,, untuk bertemu dengan Rasulallah,, kita perlulah menjadikan diri kita ini benar-benar cinta dan rindu kepada Rasulallah terlebih dahulu,, melakukan apa yang rasulallah ajarkan kepada kita, dan meninggalkan apa yang rasulallah larang pada kita,, barulah HIJAB yang membatasi diri kita untuk bertemu dengan insan agung itu dapat diangkat....Wallahua'lam...

Kesimpulannya,, wajarlah jika kita pernah terlintas dihati untuk bertemu dengan Rasulallah kerana hakikat seorang manusia itu pasti ingin menatap wajah suci kekasih Allah yang membawa risalah PENYELAMAT kepada kita semua... Bersama-samalah kita doakan agar diri kita semua diberi peluang oleh Allah taala supaya dapat merasai nikmat yang besar ini...

Rasulalah telah lama merindui kita semua:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka." Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

ya Rasullah,, kami merinduimu...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Sabtu, 11 Jun 2011 0 comments By: Abdul Hadi

Berdakwahlah dengan bahasa CINTA

fuuuuhhhhhh........ tiup habuk dulu...(haha)

“ sesiapa yang mengucapkan lailahailallah maka dia adalah pendakwah ” .

DAKWAH, satu perkataan yang memberi makna yang besar, tetapi kini ia menjadi semakin tersisih,, dah lebih berat lagi apabila perkataan ini menjadi seolah-olah TRAUMA kepada sebahagian besar umat Islam sekarang,, mungkin sahaja perkataan ini semakin hilang taringnya kerana cara MODERN LIFE kita pada hari ini, menggambarkan bahawa perkara seperti ini seperti semakin tidak relevan lagi,,

Tetapi, mahu atau tidak, inilah sebenarnya kekuatan umat Islam yang menyebabkan suatu ketika dahulu Islam dapat menakluki hampir satu pertiga dunia, sehinggalah kejatuhan kerajaan turki Uthmaniah, akhirnya sistem Islam semakin tidak diguna pakai dan jika ada sekalipun, ia hanya sekadar terPENJARA di masjid-masjid dan pejabat-pejabat Agama Islam...

CINTA,, cinta itu perkataan indah yang mampu membuatkan orang seKERING beast pon boleh tertawan dengan si beauty,,
dimanakan kekuatan cinta??

cinta itu mempunyai kuasa yang sangat besar kerana ia menggunakan hati dan perasaan dalam setiap tindakan yang dilakukan,,, penekanan aspek batiniah seperti pujuk rayu, memahami keadaan, dan kepercayaan yang tinggi itu pada zat yang dicintai itu mungkin sahaja mampu meleburkan hati manusia yang keras, zalim dan tidak berperikemanusian sehingga tertawan dengan AYAT-AYAT CINTA yang dilafazkan...

Atas sebab itulah kalimah azimat ini dengan kuasanya yang hebat itu digunakan sePANTAS mungkin oleh syaitan untuk merosakkan akidah umat Islam seACUTE( within few seconds) dan seKRONIK( after several months) mungkin untuk turut serta bersama mereka kerana bukankah Allah telah berjanji bahawa neraka Allah itu adalah tempat bagi manusia-manusia dan jin-jin yang ingkar kepada peraturannNya selamamana hidup dimuka bumi ini...

وَلَوۡ شِئۡنَا لَأَتَيۡنَا كُلَّ نَفۡسٍ هُدَٮٰهَا وَلَـٰكِنۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ مِنِّى لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayat petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh). (surah as-sajdah: 13)

disini ditimbulkan satu persoalan kepada kita semua,,,

mengapa para pendaie sekalian,, anda tidak mahu menggunakan kelebihan CINTA itu pada DAKWAH yang anda sampaikan....

adakah kita tidak bijak menghidu peluang disaat semua manusia itu terlalu asyik bercinta,, kita langsung tidak pernah menggunakan kekuatan yang ada pada kalimah keramat tersebut untuk menjadi satu aspek penting dalam penyampaian dakwah untuk membentuk SINERGI kekuatan yang luar biasa....

"kita adalah pendakwah, bukannya penghukum"

Ceritakanlah Islam itu dengan penuh CINTA dengan mengharapkan agar berita baru yang cuba kita sampaikan itu tidak menjadikan orang yang mendengarnya terasa asing dengan perkhabaran kita,, sebaliknya berasa suka dan terpaut hatinya pada kalimah-kalimah indah yang cuba kita sampaikan...

Walaubagaimanapun terdahulu perlu kita yakin bahawa ISLAM adalah FITRAH manusia,, walau sejahat mana sekalipun manusia itu,, pasti dilubuk hatinya tetap tersimpan nur hidayah yang mampu membawanya kembali kejalan yang yang diREDHAi Allah ini,,, insyallah...
dan tugas kita adalah cuba menjadi orang tengah yang akan mendayungi mereka semula ke muara...

dan sekiranya bahasa CINTA kita itu dibalas dengan bahasa BENCI dan MAKIan,, usah sedih usah kecewa,, sesungguhnya Allah itu bersama kita....

"indah kata-kata orang yang bercinta itu,,, tetapi pasti LEBIH indah kata-katanya disaat dia bercinta dengan tuhannya"(kalam ahli puisi zagzig- encik MAzuAn....)

Akhir kata,,, cintailah MAD'u anda,,, nescaya anda akan diCINTAinya.... selamat mencuba...

...melayari dakwah melalui terbiyyah...

Selasa, 21 Jun 2011

Sabtu, 11 Jun 2011