Jumaat, 17 Disember 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Adakah anda BERSEDIA untuk menjadi CALON AJKT PCZ 2011

Alhamdulillah setelah hampr 9 bulan saya diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai tunjang penggerak kepada Perubatan Cawangan Zagazig, kini sesi PCZ 2010 telah berakhir. Sepanjang saya yang merupakan kali pertama bergerak sebagai peneraju utama sesebuah organisasi yang besar seperti ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari disamping beberapa muhasabah yang saya sediakan kepada kita semua sebagai ahli PCZ terutamanya kepada yang bakal bergelar kepimpinan kepada bahtera yang penuh gelora ini.

Disini cuba saya senaraikan beberapa aspek penting kepada semua bakal-bakal AJKT PCZ semata-mata untuk sekurang-kurangnya kita sedar adakah kita benar-benar BERSEDIA untuk menjadi seorang pemimpin ISLAM yang berjaya ataupun kita sekadar menjadikan dunia kepimpinan ini sebagai KERJA SAMPINGAN untuk memenuhi masa lapang kita. Perlu dingatkan sekali lagi tugas kita menjadi kepimpinan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan seterusnya menambahkan neraca amalan kebaikan kita disaat kita bertemu dengan tuhan pencipta semesta ini. Jangan pula disebabkan kita alpa ataupun TIDAK BERSEDIA sepenuhnya saat menerima tanggungjawab ini menyebabkan kita gagal menyempurnakan taklifan yang terpundak dibahu kita sehingga ia menjadi fitnah kepada jemaah Islam ini dan membawa kepada dosa ketika kita dihisab di akhirat kelak, nauzubillah min zalik.

Insyallah saya akan menyusun kriteria ini mengikut turutan dari yang paling penting kepada perkara-perkara sampingan dan ini semua saya catatkan hanya berdasarkan pengalaman selama 9 bulan menjadi pengerusi dan ianya sebagai cadangan dari peribadi saya bukannya syarat wajib kepada seseorang pemimpin atas sebab kita tidak mahu gerak kerja PCZ menghadapi compang disebabkan penggeraknya yang bermasalah. wallahu a'lam

PERTAMA Fikrah Islam yang benar-benar jelas.

Rational saya memilih ini sebagai kriteria terpenting adalah kerana bagi saya semua item-item yang akan saya sebut selepas ini sangat-sangat berkait rapat dengan item ini.

Apa yang dimaksudkan dengan mempunyai fikrah Islam yang benar-benar jelas adalah seseorang itu sentiasa menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam setiap gerak kerja yang ingin mereka laksanakan sebagai seorang pemimpin. Mereka juga benar-benar yakin hanya Islam yang dapat menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul dari kalangan manusia kerana sifat yang ada pada Islam itu yang bersifat SYUMUL iaitu melingkupi segenap aspek kehidupan.

KEDUAKomitmen yang mantap dalam gerak kerja

Seperti yang telah saya katakana sebelum ini, fikrah yang benar-benar jelas adalah perlu kerana dengan ia sahaja mampu mentarbiyyahkan jiwa seorang penggerak kepada persatuan Islam untuk terus komited pada setiap gerak kerja yang ada kerana tiada istilah letih dan penat didalam kita melaksanakan tugasan sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Fikrah ini akan terus menerus menyuburkan jiwa kita agar tidak sekali-kali berputus asa sewaktu kita dilanda cubaan ataupun tribulasi.

Perlu kita maklumi walaupun PCZ dilihat hanya sebagai sebuah persatuan kebajikan di Zagazig, tetapi tugasan kepada setiap AJKT PCZ adalah sangat banyak dan sememangnya akan menguji tahap pengorbanan yang sanggup kita sumbangkan untuk kebaikan mahasiswa dan mahasiswi yang lain. Sebagai contoh, tidak menjadi suatu yang pelik jika tiba minggu-minggu yang padat, setiap daripada AJKT akan pulang kerumah melewati jam 12 malam atas sebab tugasan yang banyak. Jadi kepada setiap bakal-bakal AJKT PCZ, pastikan anda sudah persiapkan diri anda menuju kearah peningkatan komitmen dan pengorbanan supaya tidak menggangu dan menyusahkan AJKT lain. Percayalah ON CALL adalah perkara biasa ketika anda menjadi seorang AJKT, masa bermain berkurang, masa belajar sedikit terjejas tetapi jika anda benar-benar yakin pada janji pertolongan Allah, insyallah masa itu sentiasa ada untuk anda semua.

KETIGADengar dan taat pada pimpinan yang lebih tinggi.

Seseorang AJKT itu perlu mempunyai tahap ketaatan yang tinggi kepada pimpinannya yang lebih tinggi selagimana arahan tersebut tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Asunnah kerana adakala sesuatu arahan yang memerlukan tindakan yang cepat perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan keburukan yang lebih pada masa hadapan. Cumanya mungkin penjelasan boleh dibuat pada masa yang lebih sesuai jika ia berhajat kepadanya.

KEEMPAT Akhlak

Perkara biasa yang kita dengar berkaitan akhlak yang dituntut oleh Islam, dan sememangnya ia memainkan peranan didalam menjaga nama baik PCZ. Bayangkan jika AJKT PCZ sendiri terlibat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah-masalah HISBAH seperti masalah sosial ataupun perkara-perkara lain yang bertentangan dengan syariat Islam, maka secara automatiknya persatuan PCZ akan mendapat nama buruk dan nama buruk tersebut akan dibahagikan sama rata kepada semua AJKT yang lain.

Setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan buat semua bakal-bakal AJKT PCZ 2011 dan saya yakin dan percaya disaat anda menandatangani borang pencalonan itu, anda pasti telah membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk anda semua memulakan kehidupan baru didalam hidup anda sebagai seorang PEMIMPIN.

Selamat bertugas, dan selesaikan amanah-amanah yang telah dipikulkan dibahu sahabat-sahabat, usah takut dan usah gentar kami semua selaku ahli PCZ akan tetap menjadi tulang belakang dalam menggerakkan program-program Islam yang terdapat didalam perancangan sahabat-sahabat semua dan yang lebih penting yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan para pendokong agamaNya yang mulia ini.

…melayari dakwah melalui tarbiyyah…

Rabu, 17 November 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Kretifkan Dakwahmu

Dakwah itu salah satu juzuk yang besar didalam Islam...

tetapi Apakah itu dakwah? dan mengapa ianya menjadi salah satu AGENDA terpenting didalam gerakan Islam??

Secara teorinya mudah untuk kita katakan bahawa dakwah itu adalah " menyeru manusia supaya melakukan perkara-perkara maaruf, dan mencegah manusia dari melakukan DOSA".

tetapi secara praktikalnya susah untuk kita perkatakan perkara-perkara yang berkait rapat dengan dakwah ini kerana

LIDAH YANG BERKATA PASTI TIDAK SAMA DENGAN TINDAKAN YANG MENGOTA...

Sirah terdahulu banyak mengungkapkan berkenaan kisah tentang bagaimana dakwah mampu untuk menjadikan Islam menguasai dua pertiga dunia, cumanya persoalannya sekarang bagaimana pada suatu ketika dahulu dunia Islam menjadi masyhur kerana DAKWAH yang dilakukan oleh para penegak Islam tetapi dunia kini
seolah-olah menjurus kepada keadaan orang mula fobia dengan gerakan dakwah dan menjadikan DAKWAH sebagai salah satu perkara yang PELIK, dan yang lebih buruk lagi perkara ini lebih banyak dirasai oleh orang Islam itu sendiri...

KREATIF...

Jika kita sentiasa disuapkan dengan makanan yang sama setiap hari, jadi menjadi suatu perkara biasa untuk kita merasa bosan dan jemu dengan makanan yang kita makan

pada saat itu, kita lebih suka untuk mengKREATIFkan diri kita untuk cuba menghidangkan kepada perut kita sesuatu yang baru untuk menjadikan kita lebih berselera untuk menjamu kembali hidangan tersebut...

berbalik kepada topik asal perbincangan berkaitan dengan dakwah, perlu difahami kepada seluruh ahli gerakan Islam bahawa tuntutan DAKWAH itu wajib, tetapi menjadi suatu keharusan kepada kita untuk menjadikan konsep dakwah yang kita ingin terapkan kepada mad'u dengan lebih kreatif bergantung kepada suasana dan keadaan persekitaran mad'u...

Adakalanya kita perlu bergerak dalam keadaan bersahaja...
Adakalanya kita perlu lebih tegas disaat kita bertemu dengan mad'u...
dan Adakala juga kita perlu lebih menjiwai apa yang mad'u itu inginkan...

ASASnya mudah seperti pengertian DAKWAH, tetapi cara pelaksanaannya perlulah diselarikan dengan apa yang menjadi matlamat asal dakwah iaitulah kembali kepada Islam sebagai satu cara hidup yang paling lengkap dan sesuai sepanjang zaman...

Jangan lakukan sesuatu sekadar 'melepaskan batok di tangga' kerana setiap perkara yang kita ingin lakukan itu jika tidak sampai kepada matlamat asalnya bermakna sia-sialah disepanjang tindakan dan gerak laku kita...

Kesimpulannya, berat tanggungjawab kita sebenarnya untuk melakukan dakwah itu dan bebanan itu akan menjadi lebih berat disaat kita terpaksa untuk mengerahkan segala keringat kita untuk bukan setakat berfikir untuk berdakwah, tetapi dalam masa yang sama juga kita HARUS berfikir

" bagaimana untuk menjadikan apa yang aku ingin sampaikan ini dengan lebih EFEKTIF dan EFISYEN "...

لقد خلقنا الانسان في احسن تقويم
"dan sesungguhnya kami menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian"

surah at-tin ayat 4

Selaku makhluk yang tuhan telah memberikan sendiri pengiktirafan sebagai sebaik-baik kejadian, maka layaklah bagi kita untuk bergerak dan berfikir selaku makhluk terbaik diatas dunia ini...

Banyakkan berfikir untuk Islam, Anda PASti mampu mengubahnya

-berani berubah demi maruah-
...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Rabu, 3 November 2010 1 comments By: Abdul Hadi

HAK vs hukum

"kamu ni sapa nak tegur2 kami, kami ada HAK nak keluar malam, parents kami hantar kami sini dan kami TIDAK TERIKAT DENGAN PERSATUAN-PERSATUAN kamu!!, ada ka AYAT QURAN ataupun HADIS yang menyatakan bahawa perempuan tidak boleh keluar malam, kalau ada keluarkan, tunjukkan kepada kami?? lagipun kami ni ramai, INSYALLAH selamat"

Apa itu HAK?

Siapa yang mempunyai HAK?

Setakat mana HAK itu boleh dilakukan?

HAK itu milik individu dan tiada orang yang pernah menafikan perkara ini...
tetapi apakah sesuatu hak itu masih boleh dikira VALID saat ia bertembung dengan HAK tuannya...

INGAT!!!

kita semua adalah makhluk Allah dan KITA semua adalah HINA disisi Allah...
kita langsung tidak berHAK melawan keatas setiap hukum yang telah ditentukan oleh TUHAN kita walau apa alasan yang kita berikan sekalipun...
JANGAN sombong saat kita berdepan dengan hukum Allah kerana walau sehebat mana sekalipun kita, kita tetap SANGAT lemah saat berdepan dengan TUHAN semesta alam....

PRINSIP:

Aku tak pernah sesekali KESAH kalau apa yang kamu mahukan itu bertentangan dengan kemahuan diriku, tetapi aku akan menjadi SANGAT KESAH jika apa yang kamu lakukan itu BERTENTANGAN dengan apa yang ISLAM mahukan....

Kita tidak pernah sesekali memaksa ahli-ahli ataupun yang bukan AHLI untuk memberikan setinggi-tinggi ketaatan kepada persatuan yang kita sama-sama dokong ini, tetapi jika tindakan yang dilakukan itu boleh menyebabkan kepada DARAR ataupun keburukan yang lebih besar pada masa akan datang kepada ORANG LAIN, disaat itu kita akan tetap menyatakan perkara yang HAK walaupun apa yang kita katakan itu takkan selari dengan HAK individu yang ditegur...

KATAlah apa yang apa antum mahu katakan,

JUMUD!!!
TIDAK FAHAM ISLAM yang SYUMUL!!!
INI HAK KAMI!!!!

sesekali unit HISBAH takkan terkesan dengan kata-kata antum, dan itu sebenarnya apa yang Allah janjikan kepada setiap penggerak kepada gerakan ISLAM...

لَوۡ كَانَ عَرَضً۬ا قَرِيبً۬ا وَسَفَرً۬ا قَاصِدً۬ا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلشُّقَّةُ‌ۚ

"Ya Allah, bukalah hati kami semua dalam mengenali ISLAM yang telah dibawa oleh rasulmu, dan berikanlah kekuatan kepada kami dalam menegakkan agamamu ini dan menahan segala mehnah dan cabaran yang bakal kami tempuhi" AMIN...

-berani berubah demi maruah-

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Isnin, 18 Oktober 2010 0 comments By: Abdul Hadi

WAHAN...

di copy dari http://www.salafus-sholih.blogspot.com/ dan http://www.mapksolo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=284:wabah-wahan-penyakit-mematikan-di-akhir-zaman&catid=59:khazanah&Itemid=183

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

Al Wahan adalah salah satu penyakit yang menjangkiti manusia akhir zaman. Bahaya wahan jauh lebih dahsyat dari pada AIDS, TBC, Flu Burung, atau Flu Babi. Karena penyakit ini akan mematikan hati dan ruh sehingga menyebabkan penderitaan yang panjang di dunia dan terlebih di akhirat.

Istilah wahan diungkapkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tatkala menjelaskan kondisi umat manusia di masa akan datang. Penyakit wahan ini menjadi penyebab utama segala keburukan dan keterpurukan umat Islam sehingga karenanya mereka menjadi bulan-bulanan musuh-musuh islam. Bahkan lebih tragis lagi, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengibaratkan mereka laksana makanan yang menjadi rebutan orang-orang rakus yang kelaparan.

Dari Tsauban radliyallahu 'anhu berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Akan datang suatu masa, di mana bangsa-bangsa akan mengeroyok kalian seperti orang-orang rakus memperebutkan makanan di atas meja.

Ada seorang yang bertanya, ‘Apakah karena pada saat itu jumlah kami sedikit?’

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: ‘Tidak, bahkan kamu pada saat itu mayoritas, akan tetapi kamu seperti buih di atas permukaan air laut. Sesungguhnya Allah telah mencabut rasa takut dari musuh-musuh kalian, dan telah mencampakkan penyakit al wahan pada hati kalian’.

Seorang sahabat bertanya: ‘Ya Rasulallah, apa penyakit al wahan itu?.’

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: ‘Al Wahan adalah penyakit cinta dunia dan takut mati’ “. (HR. Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya)

Membasmi Penyakit Wahan

Penyakit wahan ini bisa diatasi dengan jalan bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan kembali kepada tuntunan ajaran Islam. Mereka yang merasa bahwa penyakit ini telah menghinggapi dirinya hendaklah melakukan langkah-langkah berikut :

1. Meningkatkan keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhir, sampai pada derajat yakin. Dengan keyakinan ini penyakit cinta dunia atau takut mati akan hilang.

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS. Al Hadid:20)

2. Selalu mengkaji dan memahami ajaran Islam, terutama bidang akidah, yang merupakan inti ajaran Islam.

"Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang Hak) melainkan Allah." (QS.Mubammad: 19)

3. Menghayati perspektif Islam terhadap konsep kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Islam tidak mengharamkan dunia dan perhiasannya, akan tetapi menjadikannya sebagai alat untuk mencapai kehidupan dan kebahagjaan akhirat.

4. Meningkatkan dan memantapkan ibadah dan pendekatan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dengan demikian maka sifat qana’ahnya muncul dan menjadi citra diri dan kehidupannya. Rasa syukurnya semakin meningkat, dan tawadhu (rendah hati) akan menjadi benteng dan sekaligus penghias dirinya.

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS An-Nahl:96).

5. Berjihad di jalan Allah dengan segenap kemampuannya yang ada. Karena orang yang berjihad telah menjual diri dan hartanya kepada Allah dengan surga. Dan ini adalah sebesar-besar ketundukan kepada-Nya dan sebesar-besar pengorbanan untuk-Nya. Maka tepat sekali jika Allah menjamin hidayah bagi orang yang benar dalam jihadnya.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (QS. Al-Furqaan :52)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَا لَكُمۡ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلۡتُمۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ أَرَضِيتُم بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مِنَ ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ فَمَا مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak"

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Sabtu, 2 Oktober 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Cinta Rasul

Engkaulah Insan Sempurna

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Isnin, 30 Ogos 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Lailatul Qadr

di ambil dari : http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/ciri-ciri-munculnya-malam-lailatul-qodar.htm

Ciri-ciri Lailatul Qodr

Dinamakan lailatul qodr karena pada malam itu malaikat diperintahkan oleh Allah swt untuk menuliskan ketetapan tentang kebaikan, rezeki dan keberkahan di tahun ini, sebagaimana firman Allah swt :

Artinya : ”Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi[1369] dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul.” (QS. Ad Dukhan : 3 – 5)

Al Qurthubi mengatakan bahwa pada malam itu pula para malaikat turun dari setiap langit dan dari sidrotul muntaha ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang diucapkan manusia hingga terbit fajar. Para malaikat dan jibril as turun dengan membawa rahmat atas perintah Allah swt juga membawa setiap urusan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di tahun itu hingga yang akan datang. Lailatul Qodr adalah malam kesejahteraan dan kebaikan seluruhnya tanpa ada keburukan hingga terbit fajar, sebagaimana firman-Nya :

Artinya : ”Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qodr : 4 – 5)

Diantara hadits-hadits yang menceritakan tentang tanda-tanda lailatul qodr adalah :

1. Sabda Rasulullah saw,”Lailatul qodr adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang dishahihkan oleh Al Bani.

2. Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul qodr lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar setannya hingga terbit fajarnya.” (HR. Ibnu Hibban)

3. Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran.” (HR. Ibnu Khuzaimah yang sanadnya dihasankan oleh Al Bani)

4. Rasulullah saw berabda,”Tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya cerah tanpa sinar.” (HR. Muslim)

Terkait dengan berbagai tanda-tanda Lailatul Qodr yang disebutkan beberapa hadits, Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan,”Semua tanda tersebut tidak dapat memberikan keyakinan tentangnya dan tidak dapat memberikan keyakinan yakni bila tanda-tanda itu tidak ada berarti Lailatul Qodr tidak terjadi malam itu, karena lailatul qodr terjadi di negeri-negeri yang iklim, musim, dan cuacanya berbeda-beda. Bisa jadi ada diantara negeri-negeri muslim dengan keadaan yang tak pernah putus-putusnya turun hujan, padahal penduduk di daerah lain justru melaksanakan shalat istisqo’. Negeri-negeri itu berbeda dalam hal panas dan dingin, muncul dan tenggelamnya matahari, juga kuat dan lemahnya sinarnya. Karena itu sangat tidak mungkin bila tanda-tanda itu sama di seluruh belahan bumi ini. (Fiqih Puasa hal 177 – 178)

Perbedaan Waktu Antar Negara

Lailatul qodr merupakan rahasia Allah swt. Untuk itu dianjurkan agar setiap muslim mencarinya di sepuluh malam terakhir, sebagaimana sabda Rasulullah saw,”Carilah dia (lailatul qodr) pada sepuluh malam terakhir di malam-malam ganjil.” (HR. Bukhori Muslim).

Dari Abu Said bahwa Nabi saw menemui mereka pada pagi kedua puluh, lalu beliau berkhotbah. Dalam khutbahnya beliau saw bersabda,”Sungguh aku diperlihatkan Lailatul qodr, kemudian aku dilupakan—atau lupa—maka carilah ia di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam ganjil.” (Muttafaq Alaihi)

Pencarian lebih ditekankan pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori Muslim dari Ibnu Umar bahwa beberapa orang dari sahabat Rasulullah saw bermimpi tentang Lailatul Qodr di tujuh malam terakhir. Menanggapi mimpi itu, Rasulullah saw bersabda,”Aku melihat mimpi kalian bertemu pada tujuh malam terakhir. Karena itu barangsiapa hendak mencarinya maka hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir.”

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Carilah ia di sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang kalian lemah atau tdak mampu maka janganlah ia dikalahkan di tujuh malam terakhir.” (HR. Muslim, Ahmad dan Ath Thayalisi)

Malam-malam ganjil yang dimaksud dalam hadits diatas adalah malam ke- 21, 23, 25, 27 dan 29. Bila masuknya Ramadhan berbeda-beda dari berbagai negara—sebagaimana sering kita saksikan—maka malam-malam ganjil di beberapa negara menjadi melam-malam genap di sebagian negara lainnya sehingga untuk lebih berhati-hati maka carilah Lailatul Qodr di setiap malam pada sepuluh malam terakhir. Begitu pula dengan daerah-daerah yang hanya berbeda jamnya saja maka ia pun tidak akan terlewatkan dari lailatul qodr karena lailatul qodr ini bersifat umum mengenai semua negeri dan terjadi sepanjang malam hingga terbit fajar di setiap negeri-negeri itu.

Karena tidak ada yang mengetahui kapan jatuhnya lailatul qodr itu kecuali Allah swt maka cara yang terbaik untuk menggapainya adalah beritikaf di sepuluh malam terakhir sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya.

Ciri-ciri Orang Yang Mendapatkan Lailatul Qodr

Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhori dai Abu Hurairoh bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa melakukan qiyam lailatul qodr dengan penuh keimanan dan pengharapan (maka) dosa-dosanya yang telah lalu diampuni.”

Juga doa yang diajarkan Rasulullah saw saat menjumpai lailatul qodr adalah ”Wahai Allah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Maaf, Engkau mencintai pemaafan karena itu berikanlah maaf kepadaku.” (HR. Ibnu Majah)

Dari kedua hadits tersebut menunjukkan bahwa dianjurkan bagi setiap yang menginginkan lailatul qodr agar menghidupkan malam itu dengan berbagai ibadah, seperti : shalat malam, tilawah Al Qur’an, dzikir, doa dan amal-amal shaleh lainnya. Dan orang yang menghidupkan malam itu dengan amal-amal ibadah akan merasakan ketenangan hati, kelapangan dada dan kelezatan dalam ibadahnya itu karena semua itu dilakukan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ridho Allah swt.

Selamat mencari malam Al-Qadr

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Isnin, 23 Ogos 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Changes VS Hipokrit

Menurut kamus dewan:

HIPOKRIT - orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik...

Menurut kamus AKULA:

BERUBAH - orang yang bertukar dari satu sifat ke sifat yang lain...

Jadi dua perkataan yang mempunyai maksud yang seakan-akan sama cuma dipisahkan dengan perkataan 'BERPURA-PURA', sekaligus mengubah maksud perkataan tersebut secara total...

Hari ini, kita lihat manusia menjadi semakin pelik dan janggal, daripada tujuan asal dijadikan oleh pencipta mereka untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba, kepada seorang penderhaka yang sebenar-benar penderhaka,,, sedikit demi sedikit sifat kehambaan manusia itu telah terhakis dengan sikap dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh makhluk yang hina bergelar MANUSIA itu...

Ada suatu perkara yang kemungkinan besar kebanyakan daripada kita sedia maklum tentang perkara tersebut, tetapi kebanyakan dari kita tidak mampu untuk melakukannya atas alasan penghalang KONKRIT yang kita sendiri cipta sebenarnya walaupun sebenarnya perkara itu langsung tidak pernah berlaku...

itulah PERUBAHAN...
dan pengHALANGnya adalah HIPOKRIT...

Siapa di antara kita yang tdak mahu berubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lebih baik,
contoh mudahnya- masakan seorang pekerja mahu gaji mereka menurun dari tahun ke tahun mereka bekerja, pasti sahaja setiap daripada pekerja mahukan TANGGA gaji yang meningkat setiap tahun...

Teorinya mudah, tetapi perubahan akhlak manusia daripada BURUK kepada yang BAIK itu sangat sukar dilakukan kerana kebanyakan daripada kita terlalu SERIOUS memikirkan soal HIPOKRIT,, jadi untuk memilih jalan selamat, kita lebih selesa untuk berada dalam keadaan kita yang asal walaupun keinginan untuk berubah itu sememangnya kuat didalam diri kita...

BODOH! BODOH! BODOH!!!

Kesalahan kita adalah terlalu memikirkan soal 'ORANG CAKAP',
takut berubah kerana risau jika kita ada lagi melakukan dosa-dosa silam kita, maka "ORANG CAKAP" akan berbunyi dan menyebabkan kita MALU dengan ORANG tersebut...langsung tidak logik dan memang tidak dapat masuk akal...

Hipokrit itu hanya terjadi jika kita langsung tidak berniat untuk berubah, cuma melakukan perkara-perkara yang baik sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada khalayak ramai, tetapi jika niat kita memang IKHLAS untuk berubah, tetapi kadang-kadang kita tergelincir juga untuk melakukan dosa lalu, itu bukannya hipokrit kerana mana ada didalam sejarah dunia orang yang mampu berubah dalam sekelip mata, semuanya memerlukan masa, dan selagi kita berusaha kearah yang lebih baik itu, itu sudah dikira sebagai ibadah disisi Allah...

"ORANG CAKAP" itu cuma ilusi kita, walaupun memang ada benar orang yang gemar melakukan perkara sedemikian, Pedulikanlah kerana ASAS kita, FITRAH kita yang asal itu pastinya BAIK, tetapi biah dan suasana yang mengelilingi kita telah mencontengkan dosa dan noda diatas FIKRAH dan FITRAH kita yang asal...

Ingat sahabat-sahabat, sebelum kita dilahirkan, kita semua telah berjanji kepada Allah taala bahawa kita akan menjadi hambaNya yang sebenar-benar hamba, jadi bila mana kita berpaling dari ajaran Islam yang sebenar, kita sebenarnya telah bersifat HIPOKRIT kepada Allah taala...

Jadi Hipokrit mana yang anda takutkan??
HIPOKRIT ciptaan anda sendiri yang enggan berubah kepada keadaan yang lebih baik,,,

ataupun,
HIPOKRIT yang sebenar-benarnya kepada tuhan yang telah menjadikan kita semua...

timbang-timbangkanlah anda berada dilandasan mana sekarang...

Tuntas, JANGAN malu untuk berubah dari sesuatu perkara yang buruk kepada perkara yang baik, kerana setiap kali kita berkeinginan untuk maju setapak menghampiri Allah, Insyallah Allah akan lebih hampir dan sentiasa HAMPIR dengan hamba-hambanya yang SOLEH...

Buang pemikiran Hipokrit,,
Bina Fikrah Islam yang benar-benar KONKRIT,
Selalu berdoa supaya tidak dijadikan dari kalangan orang-orang MUNAFIK
Insyallah kita semua menuju kearah umat Islam yang benar-benar SOLID...

lakukan PERUBAHAN sekarang!!!!
anda mampu mengubahnya...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Jumaat, 20 Ogos 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Don’t judge a book by its cover!

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong NAFSUnya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu.”
Lalu jawab si pekerja: “Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja cemerlang.”
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata.
Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya:
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya.

Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari.
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang.
Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?
Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya.
Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?

Petikan dari atrikel oleh UZAR.
Fokus : Aurat wanita
Oleh: http://suarapesanan.blogspot.com

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Rabu, 11 Ogos 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Ahlan ya Ramadhan...

Alhamdulillah kita semua dipertemukan lagi dengan bulan kebesaran Islam ini,, bulan yang mana boleh menjadi medium tarbiyyah terbaik buat diri kita dalam menyusuri kehidupan seorang mukmin dan pejuang Allah...

Pastinya setiap dari kita akan terasa gembira disaat kita mula menjejakkan kaki kedalam bulan barakah ini, jadi pastikan ramadhan kali ini adalah bulan terbaik untuk kita melangkah kaki keluar dan menjadi graduan RAMADHAN yang turut gembira sepertimana saat kita mula-mula menjenguhnya...

Ada manusia yang ketika masuk dan berlalunya bulan Ramadhan, keadaannya sama sahaja...

Ada pula manusia yang ketika masuk bulan ramadhan sangat gembira sekali, tetapi saat meninggalkannya berasa sedih kerana terlepas peluang keemasan mencari keredhaanNya...
dan

Ada manusia yang disaat datangnya Ramadhan berasa gembira sekali, tetapi disaat akan ditinggalkannya terasa sayu bukan kerana terlepas peluang untuk mengabdikan diri, sebaliknya merasa sedih kerana bulan penuh BONUS ini akan berlalu pergi...

Apa-apa sekalipun perasaan kita ketika ini, pastikan ianya terisi dan dibajai dengan pengabdian yang sebenar-benarnya terhadap ilahi agar Ramadhan kali ini mampu mendidik diri kita menjadi seorang HAMBA yang sebenar-benar HAMBA...

Bentuk diri menjadi mukmin sejati...
Bentuk jiwa menjadi hamba abdi...
Bentuk masyarakat kembali kejalan yang HAKIKI...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Ahad, 1 Ogos 2010 0 comments By: Abdul Hadi

faham atau tidak maksud FAHAM..

Islam itu syumul,

sesiapa sahaja mampu untuk mengatakan bahawa Islam itu syumul, satu agama yang melengkapi segenap aspek kehidupan tidak kira dari segi apa sekalipun, bermula daripada perkara-perkara yang kecil dan dipandang remeh oleh masyarakat seperti makan dan minum sehinggalah kepada perkara-perkara yang besar seperti perundangan Islam, segala-galanya pasti ada kaitan dengan kesyumulan Islam...

APA ITU ISLAM?
selamat...iaitu
satu-satunya agama atau cara hidup yang mampu menyelamatkan manusia semasa hidup di dunia ini dari kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya...

jadi secara logiknya Islam adalah satu-satunya talian hayat terakhir kepada seluruh umat manusia dari mana-mana kawasan sekalipun samada Malaysia, China, India, Mesir, Afrika selatan, Amerika, England ataupun mana_mana sahaja kawasan yang mempunyai pendudukan yang bernama manusia,

ISLAM adalah satu-satunya jalan penyelamat ANDA...
DAN antara tuntutan terbesar didalam ISLAM adalah menyebarkannya kepada kepada manusia-manusia yang lain atau dalam kata mudahnya
"DAKWAH"

Steps kepada pendakwah-pendakwah sekelian:

1- Dakwah bukan perkara yang mudah kerana jika dakwah itu mudah sudah pasti seluruh manusia didalam dunia ini sedang mengamalkan ISLAM..

2- Apabila kita melakukan sesuatu yang susah sudah tentu kita perlu menyiapkan diri kita sebaiknya dalam menempuhi cabaran-cabaran yang bakal mendatangi kita agar kita tidak terhenti di tengah-tengah jalan...

3- Salah satu persediaan yang paling penting dalam melaksanakan dakwah ialah para pendakwah perlu menjadi seorang yang HEBAT dan juga BERKALIBER...(option penting walaupun ramai menafikannya)

4- untuk menjadi seorang yang hebat para pendakwah mestilah mempunyai sebuah pencapaian yang boleh menyebabkan diri mereka ini dianggap HEBAT kerana keHEBATan tidak akan dengan sendirinya melainkan ada perkara(asbab) yang menyebabkan seseorang itu kelihatan HEBAT...

5- Pencapaian yang kita semua inginkan itu pastinya menginginkan kita supaya berusaha bersungguh-sungguh kerana mencapai kecemerlangan adalah satu perkara yang sukar tanpa selingan kudrat yang utuh...

" menuntut ilmu itu adalah suatu kewajipan, tetapi mencapai kecemerlangan itu adalah suatu KEPERLUAN "

ini kata-kata dari DR Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya kewajipan remaja Islam masa kini...

sesuatu perkara itu akan menjadi PERLU jika ianya boleh menyebabkan individu itu mendapat sesuatu daripadanya, dan berbetulan dengan kalimah DAKWAH, kecemerlangan adalah menjadi sesuatu KEPERLUAN jika kita benar-benar serius dalam melaksanakannya...

6- Pokoknya setiap individu muslim itu perlulah berusaha bersungguh-sungguh terutamanya kepada para pendaie kerana aspek KECEMERLANGAN seharusnya menjadi sebahagian daripada diri kita sebagai QUDWAH terbaek dalam kehidupan diatas dunia ini...wallahua'lam.

jika kita benar-benar memahami konsep al-Fahm, pastinya kita akan melihat Islam dalam setiap gerak geri kita dan setiap tingkah laku kita, bagi mahasiswa mahasiswi Islam seperti kita semua, pastikan kita menjadi sebahagian daripada GENERASI PENGUBAH yang bakal mencorakkan kehidupan dunia Islam yang baru kelak...

dan pastikan KECEMERLANGAN menjadi salah satu modal tebaik kita dan USAHAlah bersungguh-sungguh dalam mengecapi KECEMERLANGAN tersebut...

dan sesiapa yang malas berusaha sekarang bermakna dia telah berpaling daripada perjuangan Islam dan tunggulah keputusan Allah kepada hambanya yang telah berpaling...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Isnin, 19 Julai 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Steps Dakwah Fardiyah.

1. Ukhuwah
Langkah pertama yang perlu diambil ialah membentuk hubungan dengan mad’u yang dikenal pasti. Ambil berat mengenainya samada dengan menziarahinya, berjumpa mahupun menghubungi melalui telefon. Dalam erti kata lain, kita menjaga kebajikan mad’u kita sebaiknya. Dari situ akan timbul satu bentuk hubungan semacam adik-beradik.
Pada tahap ini juga, untuk menyebut dengan jelas mengenai iman adalah kurang sesuai ditakuti mad’u belum bersedia untuk berbual mengenainya.

2. Iman
Setelah ukhuwah dengan mad’u berjaya dibentuk, bolehlah kita menyelitkan sedikit sebanyak perbicaraan mengenai Iman secara indirect, ataupun bahasa yang digunakan dalam buku karangan Mustafa Masyhur, secara tidak sengaja. Bermakna perbincangan mengenai iman bukanlah melalui tazkirah atau majlis-majlis formal yang kita beri secara direct. Tapi ia lebih berbentuk kepada perbualan harian biasa cumanya diselitkan dengan kekuasaan dan kekuatan Allah.

3. Ibadah Khusus
Seterusnya, setelah mad’u mula merasakan kepentingan iman dalam diri, bolehlah kita berbicara mengenai ketaatan kepada perintah2 dan larangan2 Allah. Kita juga harus membantunya memberntuk akhlak dan disiplin dalam kehidupan seharian. Memberi pengajaran mengenai keburukan2 maksiat dan perkara-perkara basic yang lain.

4. Ibadah Umum
Apabila mad’u kita sudah menunjukkan perkembangan yang mantap dalam ibadah khusus, peranan kita seterusnya adalah untuk menerangkan kesyumulan Islam. Apa yang ingin dibawa pada tahap ini ialah, Islam bukanlah hanya sekadar solat, zakat, puasa dan Haji. Malah Lebih dari itu.
Perlu diterangkan kepada mad’u bahawa, dalam pekerjaan kita seharian yang meliputi makan, minum, tidur dan lain2, sekiranya ia dilakukan ikhlas kerana Allah dan berlandaskan syariat Islam (sunnah nabi), ia juga akan dikiran sebagai ibadah. Dan begitulah sepatutnya skop ibadah yang luas dalam Islam.

5. Dakwah
Setelah mad’u kita sudah jelas mengenai iman dan Islam, langkah seterusnya adalah untuk menerangkan bahawa Islam ini tidak berpada jika kita seorang sahaja yang betul-betul melaksanakannya. Penting untuk kita menyampaikannya kepada orang lain di sekelling kita.
Kita tidak boleh hidup dengan mangasingkan diri dari orang lain sepanjang masa. Sukar untuk Islam berkmbang biak sekiranya Islam tidak disebarkan kepada orang lain. Oleh itu, perlu kita terangkan kepada mad’u bahawa kita perlu turun kepada masyarakat dan mengajar mengenai Islam.

6. Jemaah
Di peringkat ini, mad’u kita harus diterangkan mengenai kepentingan bergerak secara berkumpulan (berjemaah). Daulah Islamiyyah tidak mungkin terbentuk jika kita hanya bergerak seorang. Bergerak secara solo ini menyebabkan kita lebih terdedah kepada bahaya-bahaya dalam dakwah seperti futur dan sebagainya.
Amat penting untuk kita bergerak secara berjemaah sebagai salah satu check and balance system, dan support system.

7. Harakah
Setelah mad’u kita sudah jelas mengenai hakikat kepentingan bergerak secara berjemaah dan sudah melaksanakannya, maka sudah sampai masanya untuk kita menerangkan kepada mad’u akan kepentingan untuk memilih organisasi yang sesuai untuk disertai. Penting untuk kita menerangkan serba sedikit mengenai kepentingan menyertai organisasi kerana dari situ kita akan dapat lihat satu sistem (manhaj) yang lebih jelas untuk merealisasikan dakwah.
Dalam pemilihan organisasi (harakah), penting untuk kita jelas mengenai prinsip-prinsip perjuangan yang kita mahu bawa. Dalam perkara ini, mad’u harus diberi ruang masa untuk berfikir dan berbincang supaya jelas mengenai hala tuju dan juga organisasi mana yang ingin disertai. Kita boleh mempengaruhi keputusan yang ingin dibuat oleh mad’u, tapi jangan sesekali memaksa mad’u untuk menyertai harakah yang kita sertai.

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Rabu, 7 Julai 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Bodohnya orang bercinta kerana mereka tahu mereka Bodoh

Dunia hari ini banyak menggoda remaja kearah percintaan yang bukan hakiki, tetapi hanyalah sebagai satu takah untuk menjuruskan mereka ke Lubang KEBINASAAN,,, kita akan cuba mengupas beberapa item yang boleh menunjukkan golongan-golongan peCINTA ini adalah antara golongan yang bodoh di atas bumi...

1- Seseorang yang bercinta sanggup menghabiskan kredit telefon bimbit mereka hampir LE5 sehari ataupon RM5(kos terendah bagi yang baru belajar BerCINTA), dan kos ini akan bertambah dalam keadaan linear sejajar dengan tempoh percintaan kecuali setelah terdapat beberapa keretakan dalam perhubungan.

2- Seseorang yang bercinta sanggup bersengkang mata sehingga lewat malam untuk semata-mata menyatakan keCONCERNan mereka kepada orang yang mereka cintai itu kononnya sedangkan perihal sebenar mereka hanyalah seorang yang mementingkan diri sendiri jika kita lihat keadaan peribadi mereka sendiri pon kita dapat KOMPOMkan bahawa mereka sebenarnya bukan lah seCONCERN yang mereka tunjukkan kepada pasangan masing-masing.

3- Seseorang yang bercinta itu sebenarnya sedang melakukan keHIPOKRITan yang sangat tinggi kerana masakan seorang yang zahirnya sangat tidak pernah mempedulikan orang langsung boleh pula mengambil berat tentang pasangannya seBERAT-BERAT yang mungkin, dan juga satu lagi fakta yang boleh kita nilai adalah bagaimana....

Jika seseorang itu tidak lagi bercinta dengan seseorang yang lain, mereka boleh melakukan apa-apa sahaja yang mungkin boleh menjatuhkan maruah diri mereka sendiri, tetapi sejurus SELEPAS sahaja mereka menjalinkan hubungan dengan seseorang itu, sifat mereka bertukar secara total(DEPAN PASANGAN JA LA) kepada sifat yang sangat-sangatlah MAHMUDAH...dan mampu juga kembali kebentuk asal jika hubungan telah putus...PELIK tapi BENAr(reality)

4- Seseorang yang bercinta itu boleh bermanja-manja dengan pasangan masing-masing walaupun mereka sangat arif bahawa tindakan mereka itu sangat-sangat bertentangan dengan apa yang diajar oleh TUHAN dan RASUL mereka,, jadi mereka ini seolah-olah sanggup bersekongkol sebentar dengan maksiat dan syaitan semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu naluri mereka itu sedang mereka tahu apa yang mereka lakukan itu TOTALly WRoNg....

5- Seseorang yang bercinta itu hanya memberikan kasih sayang secara AWANGAN sahaja kerana mereka tahu mereka tidak mampu untuk melakukan apa-apa kepada pasangan mereka selagimana mereka belum lagi diijab kabulkan,,, jadi terus-terusan lah mereka berada dalam fantasy mereka tanpa melakukan apa-apa score dan dalam masa yang sama mereka sedang menTOP upKAN dosa-dosa Manusia yang sentiasa banyak ini...

6- Seseorang yang bercinta itu juga Mampu untuk mencipta ruangan CINTA ISLAMIK yang mana mereka sendiri cipta,, kemudian mereka sendiri ikut,, jadi mereka sendiri rasa selamat dari dosa sedangkan batasan-batasan sebenar dalam percintaan itu sepatutnya mereka rujuk kepada orang yang betul-betul tahu tentang cinta ISLAM DAN orang itu juga mestilah TIDAK BERSEKONGKOL dengan MEREKA dalam mereka-reka RULE for Islamic LOVE...

Sedang kita hangat bercinta, kita lupa tanggungjawab kita untuk menjaga kabaikan ummah kerana kita terlalu asyik dengan SEORANG daripada ummah itu,,,
bukannya ISLAM itu syadid sangat tetapi kita yang terlalu nak LONGGAR sampai kita lupa CINTA yang sebenar itu apa sebenarnya dan apa TUNTUTAN-TUNTUTANnya- itu yang paling utama,,, mudah sahaja bagi yang sudah bersedia berKAHWINlah kerana ia mampu mencegah anda dari dibelenggu dosa yang kita sebenarnya boleh elakkan...

BAgi yang hangat bercinta- FIKIR-FIKIRkan lah
Bagi yang baru nak cuba- LEbih baik jangan libatkan diri anda...

tingkatkan AMALAN, KURANGKAN kesalahan,, insyallah SYURGa itu GANJARAN...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Jumaat, 7 Mei 2010 0 comments By: Abdul Hadi

Persatuan Islam @ mengISLAMkan Persatuan

Mungkin masih ramai diantara kita yang masih terpinga-pinga dalam menilai sesebuah organisasi. Biasanya kita dengar PERSATUAN ISLAM,, tetapi praktikalnya langsung tidak bertepatan dengan apa yang sebenarnya Islam mahu dari sesebuah tanzim tersebut.

PERSATUAN ISLAM ataupun mengISLAMkan PERSATUAN??

Apa yang kita perlu perjuangkan apabila kita berada sebagai pelaksana kepada sesebuah organisasi??

Adakah kita menggunakan PERSATUAN untuk memperjuangkan ISLAM,, ataupun kita berselingdung disebalik perkataan ISLAM untuk kita sebenarnya memperjuangkan PERSATUAN…

Yang mana betul? Yang mana salah?

Mahu atau tidak, setiap individu muslim itu perlulah mengikat dirinya dengan sesebuah jemaah Islam kerana kehidupan yang dilalui secara bersendirian ini kadang-kadang memudahkan kita untuk tergelincir kedalam kancah maksiat dan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Cumanya pertimbunan PERSATUAN-PERSATUAN ISLAM yang ada di setiap kawasan itu kadang-kadang membuatkan kita belajar untuk berfikir tentang baik buruk yang ada pada setiap PERSATUAN yang ada disekeliling kita.

Berbalik kepada topic asal penulisan kali ini lebih berkisar tentang yang mana menjadi pilihan ISLAM (bukannya pilihan kita).

Samada kita mengikut PERSATUAN yang menjadikan organisasinya sebagai platform untuk memudahkan gerak kerja menyebarkan ISLAM

atau kita menyebarkan pengaruh PERSATUAN kita dengan menggunakan nama ISLAM..

dua perkara yang seakan sama tetapi hakikatnya ianya adalah dua perkara yang sangat berbeza,,

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh tuhan pencipta semesta ini, jadinya menjadi kebiasaan dan lumrah kepada setiap manusia itu untuk bergerak dan mendampingi aturcara yang mempunyai kaitan dengan Islam,,termasuklah perkara-perkara berkaitan dengan PERSATUAN…

Pilihlah sesuatu perkara itu berdasarkan iman dan fikiran,, jangan biarkan hawa nafsu memandu halatuju setiap daripada pergerakan kita..

Berani Berubah Demi Maruah Islam

-satu fikrah satu amal-

…melayari dakwah melalui tarbiyyah…

Jumaat, 17 Disember 2010

Adakah anda BERSEDIA untuk menjadi CALON AJKT PCZ 2011

Alhamdulillah setelah hampr 9 bulan saya diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai tunjang penggerak kepada Perubatan Cawangan Zagazig, kini sesi PCZ 2010 telah berakhir. Sepanjang saya yang merupakan kali pertama bergerak sebagai peneraju utama sesebuah organisasi yang besar seperti ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari disamping beberapa muhasabah yang saya sediakan kepada kita semua sebagai ahli PCZ terutamanya kepada yang bakal bergelar kepimpinan kepada bahtera yang penuh gelora ini.

Disini cuba saya senaraikan beberapa aspek penting kepada semua bakal-bakal AJKT PCZ semata-mata untuk sekurang-kurangnya kita sedar adakah kita benar-benar BERSEDIA untuk menjadi seorang pemimpin ISLAM yang berjaya ataupun kita sekadar menjadikan dunia kepimpinan ini sebagai KERJA SAMPINGAN untuk memenuhi masa lapang kita. Perlu dingatkan sekali lagi tugas kita menjadi kepimpinan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan seterusnya menambahkan neraca amalan kebaikan kita disaat kita bertemu dengan tuhan pencipta semesta ini. Jangan pula disebabkan kita alpa ataupun TIDAK BERSEDIA sepenuhnya saat menerima tanggungjawab ini menyebabkan kita gagal menyempurnakan taklifan yang terpundak dibahu kita sehingga ia menjadi fitnah kepada jemaah Islam ini dan membawa kepada dosa ketika kita dihisab di akhirat kelak, nauzubillah min zalik.

Insyallah saya akan menyusun kriteria ini mengikut turutan dari yang paling penting kepada perkara-perkara sampingan dan ini semua saya catatkan hanya berdasarkan pengalaman selama 9 bulan menjadi pengerusi dan ianya sebagai cadangan dari peribadi saya bukannya syarat wajib kepada seseorang pemimpin atas sebab kita tidak mahu gerak kerja PCZ menghadapi compang disebabkan penggeraknya yang bermasalah. wallahu a'lam

PERTAMA Fikrah Islam yang benar-benar jelas.

Rational saya memilih ini sebagai kriteria terpenting adalah kerana bagi saya semua item-item yang akan saya sebut selepas ini sangat-sangat berkait rapat dengan item ini.

Apa yang dimaksudkan dengan mempunyai fikrah Islam yang benar-benar jelas adalah seseorang itu sentiasa menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam setiap gerak kerja yang ingin mereka laksanakan sebagai seorang pemimpin. Mereka juga benar-benar yakin hanya Islam yang dapat menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul dari kalangan manusia kerana sifat yang ada pada Islam itu yang bersifat SYUMUL iaitu melingkupi segenap aspek kehidupan.

KEDUAKomitmen yang mantap dalam gerak kerja

Seperti yang telah saya katakana sebelum ini, fikrah yang benar-benar jelas adalah perlu kerana dengan ia sahaja mampu mentarbiyyahkan jiwa seorang penggerak kepada persatuan Islam untuk terus komited pada setiap gerak kerja yang ada kerana tiada istilah letih dan penat didalam kita melaksanakan tugasan sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Fikrah ini akan terus menerus menyuburkan jiwa kita agar tidak sekali-kali berputus asa sewaktu kita dilanda cubaan ataupun tribulasi.

Perlu kita maklumi walaupun PCZ dilihat hanya sebagai sebuah persatuan kebajikan di Zagazig, tetapi tugasan kepada setiap AJKT PCZ adalah sangat banyak dan sememangnya akan menguji tahap pengorbanan yang sanggup kita sumbangkan untuk kebaikan mahasiswa dan mahasiswi yang lain. Sebagai contoh, tidak menjadi suatu yang pelik jika tiba minggu-minggu yang padat, setiap daripada AJKT akan pulang kerumah melewati jam 12 malam atas sebab tugasan yang banyak. Jadi kepada setiap bakal-bakal AJKT PCZ, pastikan anda sudah persiapkan diri anda menuju kearah peningkatan komitmen dan pengorbanan supaya tidak menggangu dan menyusahkan AJKT lain. Percayalah ON CALL adalah perkara biasa ketika anda menjadi seorang AJKT, masa bermain berkurang, masa belajar sedikit terjejas tetapi jika anda benar-benar yakin pada janji pertolongan Allah, insyallah masa itu sentiasa ada untuk anda semua.

KETIGADengar dan taat pada pimpinan yang lebih tinggi.

Seseorang AJKT itu perlu mempunyai tahap ketaatan yang tinggi kepada pimpinannya yang lebih tinggi selagimana arahan tersebut tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Asunnah kerana adakala sesuatu arahan yang memerlukan tindakan yang cepat perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan keburukan yang lebih pada masa hadapan. Cumanya mungkin penjelasan boleh dibuat pada masa yang lebih sesuai jika ia berhajat kepadanya.

KEEMPAT Akhlak

Perkara biasa yang kita dengar berkaitan akhlak yang dituntut oleh Islam, dan sememangnya ia memainkan peranan didalam menjaga nama baik PCZ. Bayangkan jika AJKT PCZ sendiri terlibat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah-masalah HISBAH seperti masalah sosial ataupun perkara-perkara lain yang bertentangan dengan syariat Islam, maka secara automatiknya persatuan PCZ akan mendapat nama buruk dan nama buruk tersebut akan dibahagikan sama rata kepada semua AJKT yang lain.

Setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan buat semua bakal-bakal AJKT PCZ 2011 dan saya yakin dan percaya disaat anda menandatangani borang pencalonan itu, anda pasti telah membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk anda semua memulakan kehidupan baru didalam hidup anda sebagai seorang PEMIMPIN.

Selamat bertugas, dan selesaikan amanah-amanah yang telah dipikulkan dibahu sahabat-sahabat, usah takut dan usah gentar kami semua selaku ahli PCZ akan tetap menjadi tulang belakang dalam menggerakkan program-program Islam yang terdapat didalam perancangan sahabat-sahabat semua dan yang lebih penting yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan para pendokong agamaNya yang mulia ini.

…melayari dakwah melalui tarbiyyah…

Rabu, 17 November 2010

Kretifkan Dakwahmu

Dakwah itu salah satu juzuk yang besar didalam Islam...

tetapi Apakah itu dakwah? dan mengapa ianya menjadi salah satu AGENDA terpenting didalam gerakan Islam??

Secara teorinya mudah untuk kita katakan bahawa dakwah itu adalah " menyeru manusia supaya melakukan perkara-perkara maaruf, dan mencegah manusia dari melakukan DOSA".

tetapi secara praktikalnya susah untuk kita perkatakan perkara-perkara yang berkait rapat dengan dakwah ini kerana

LIDAH YANG BERKATA PASTI TIDAK SAMA DENGAN TINDAKAN YANG MENGOTA...

Sirah terdahulu banyak mengungkapkan berkenaan kisah tentang bagaimana dakwah mampu untuk menjadikan Islam menguasai dua pertiga dunia, cumanya persoalannya sekarang bagaimana pada suatu ketika dahulu dunia Islam menjadi masyhur kerana DAKWAH yang dilakukan oleh para penegak Islam tetapi dunia kini
seolah-olah menjurus kepada keadaan orang mula fobia dengan gerakan dakwah dan menjadikan DAKWAH sebagai salah satu perkara yang PELIK, dan yang lebih buruk lagi perkara ini lebih banyak dirasai oleh orang Islam itu sendiri...

KREATIF...

Jika kita sentiasa disuapkan dengan makanan yang sama setiap hari, jadi menjadi suatu perkara biasa untuk kita merasa bosan dan jemu dengan makanan yang kita makan

pada saat itu, kita lebih suka untuk mengKREATIFkan diri kita untuk cuba menghidangkan kepada perut kita sesuatu yang baru untuk menjadikan kita lebih berselera untuk menjamu kembali hidangan tersebut...

berbalik kepada topik asal perbincangan berkaitan dengan dakwah, perlu difahami kepada seluruh ahli gerakan Islam bahawa tuntutan DAKWAH itu wajib, tetapi menjadi suatu keharusan kepada kita untuk menjadikan konsep dakwah yang kita ingin terapkan kepada mad'u dengan lebih kreatif bergantung kepada suasana dan keadaan persekitaran mad'u...

Adakalanya kita perlu bergerak dalam keadaan bersahaja...
Adakalanya kita perlu lebih tegas disaat kita bertemu dengan mad'u...
dan Adakala juga kita perlu lebih menjiwai apa yang mad'u itu inginkan...

ASASnya mudah seperti pengertian DAKWAH, tetapi cara pelaksanaannya perlulah diselarikan dengan apa yang menjadi matlamat asal dakwah iaitulah kembali kepada Islam sebagai satu cara hidup yang paling lengkap dan sesuai sepanjang zaman...

Jangan lakukan sesuatu sekadar 'melepaskan batok di tangga' kerana setiap perkara yang kita ingin lakukan itu jika tidak sampai kepada matlamat asalnya bermakna sia-sialah disepanjang tindakan dan gerak laku kita...

Kesimpulannya, berat tanggungjawab kita sebenarnya untuk melakukan dakwah itu dan bebanan itu akan menjadi lebih berat disaat kita terpaksa untuk mengerahkan segala keringat kita untuk bukan setakat berfikir untuk berdakwah, tetapi dalam masa yang sama juga kita HARUS berfikir

" bagaimana untuk menjadikan apa yang aku ingin sampaikan ini dengan lebih EFEKTIF dan EFISYEN "...

لقد خلقنا الانسان في احسن تقويم
"dan sesungguhnya kami menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian"

surah at-tin ayat 4

Selaku makhluk yang tuhan telah memberikan sendiri pengiktirafan sebagai sebaik-baik kejadian, maka layaklah bagi kita untuk bergerak dan berfikir selaku makhluk terbaik diatas dunia ini...

Banyakkan berfikir untuk Islam, Anda PASti mampu mengubahnya

-berani berubah demi maruah-
...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Rabu, 3 November 2010

HAK vs hukum

"kamu ni sapa nak tegur2 kami, kami ada HAK nak keluar malam, parents kami hantar kami sini dan kami TIDAK TERIKAT DENGAN PERSATUAN-PERSATUAN kamu!!, ada ka AYAT QURAN ataupun HADIS yang menyatakan bahawa perempuan tidak boleh keluar malam, kalau ada keluarkan, tunjukkan kepada kami?? lagipun kami ni ramai, INSYALLAH selamat"

Apa itu HAK?

Siapa yang mempunyai HAK?

Setakat mana HAK itu boleh dilakukan?

HAK itu milik individu dan tiada orang yang pernah menafikan perkara ini...
tetapi apakah sesuatu hak itu masih boleh dikira VALID saat ia bertembung dengan HAK tuannya...

INGAT!!!

kita semua adalah makhluk Allah dan KITA semua adalah HINA disisi Allah...
kita langsung tidak berHAK melawan keatas setiap hukum yang telah ditentukan oleh TUHAN kita walau apa alasan yang kita berikan sekalipun...
JANGAN sombong saat kita berdepan dengan hukum Allah kerana walau sehebat mana sekalipun kita, kita tetap SANGAT lemah saat berdepan dengan TUHAN semesta alam....

PRINSIP:

Aku tak pernah sesekali KESAH kalau apa yang kamu mahukan itu bertentangan dengan kemahuan diriku, tetapi aku akan menjadi SANGAT KESAH jika apa yang kamu lakukan itu BERTENTANGAN dengan apa yang ISLAM mahukan....

Kita tidak pernah sesekali memaksa ahli-ahli ataupun yang bukan AHLI untuk memberikan setinggi-tinggi ketaatan kepada persatuan yang kita sama-sama dokong ini, tetapi jika tindakan yang dilakukan itu boleh menyebabkan kepada DARAR ataupun keburukan yang lebih besar pada masa akan datang kepada ORANG LAIN, disaat itu kita akan tetap menyatakan perkara yang HAK walaupun apa yang kita katakan itu takkan selari dengan HAK individu yang ditegur...

KATAlah apa yang apa antum mahu katakan,

JUMUD!!!
TIDAK FAHAM ISLAM yang SYUMUL!!!
INI HAK KAMI!!!!

sesekali unit HISBAH takkan terkesan dengan kata-kata antum, dan itu sebenarnya apa yang Allah janjikan kepada setiap penggerak kepada gerakan ISLAM...

لَوۡ كَانَ عَرَضً۬ا قَرِيبً۬ا وَسَفَرً۬ا قَاصِدً۬ا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلشُّقَّةُ‌ۚ

"Ya Allah, bukalah hati kami semua dalam mengenali ISLAM yang telah dibawa oleh rasulmu, dan berikanlah kekuatan kepada kami dalam menegakkan agamamu ini dan menahan segala mehnah dan cabaran yang bakal kami tempuhi" AMIN...

-berani berubah demi maruah-

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Isnin, 18 Oktober 2010

WAHAN...

di copy dari http://www.salafus-sholih.blogspot.com/ dan http://www.mapksolo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=284:wabah-wahan-penyakit-mematikan-di-akhir-zaman&catid=59:khazanah&Itemid=183

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

Al Wahan adalah salah satu penyakit yang menjangkiti manusia akhir zaman. Bahaya wahan jauh lebih dahsyat dari pada AIDS, TBC, Flu Burung, atau Flu Babi. Karena penyakit ini akan mematikan hati dan ruh sehingga menyebabkan penderitaan yang panjang di dunia dan terlebih di akhirat.

Istilah wahan diungkapkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tatkala menjelaskan kondisi umat manusia di masa akan datang. Penyakit wahan ini menjadi penyebab utama segala keburukan dan keterpurukan umat Islam sehingga karenanya mereka menjadi bulan-bulanan musuh-musuh islam. Bahkan lebih tragis lagi, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengibaratkan mereka laksana makanan yang menjadi rebutan orang-orang rakus yang kelaparan.

Dari Tsauban radliyallahu 'anhu berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Akan datang suatu masa, di mana bangsa-bangsa akan mengeroyok kalian seperti orang-orang rakus memperebutkan makanan di atas meja.

Ada seorang yang bertanya, ‘Apakah karena pada saat itu jumlah kami sedikit?’

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: ‘Tidak, bahkan kamu pada saat itu mayoritas, akan tetapi kamu seperti buih di atas permukaan air laut. Sesungguhnya Allah telah mencabut rasa takut dari musuh-musuh kalian, dan telah mencampakkan penyakit al wahan pada hati kalian’.

Seorang sahabat bertanya: ‘Ya Rasulallah, apa penyakit al wahan itu?.’

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: ‘Al Wahan adalah penyakit cinta dunia dan takut mati’ “. (HR. Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya)

Membasmi Penyakit Wahan

Penyakit wahan ini bisa diatasi dengan jalan bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan kembali kepada tuntunan ajaran Islam. Mereka yang merasa bahwa penyakit ini telah menghinggapi dirinya hendaklah melakukan langkah-langkah berikut :

1. Meningkatkan keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhir, sampai pada derajat yakin. Dengan keyakinan ini penyakit cinta dunia atau takut mati akan hilang.

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS. Al Hadid:20)

2. Selalu mengkaji dan memahami ajaran Islam, terutama bidang akidah, yang merupakan inti ajaran Islam.

"Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang Hak) melainkan Allah." (QS.Mubammad: 19)

3. Menghayati perspektif Islam terhadap konsep kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Islam tidak mengharamkan dunia dan perhiasannya, akan tetapi menjadikannya sebagai alat untuk mencapai kehidupan dan kebahagjaan akhirat.

4. Meningkatkan dan memantapkan ibadah dan pendekatan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dengan demikian maka sifat qana’ahnya muncul dan menjadi citra diri dan kehidupannya. Rasa syukurnya semakin meningkat, dan tawadhu (rendah hati) akan menjadi benteng dan sekaligus penghias dirinya.

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS An-Nahl:96).

5. Berjihad di jalan Allah dengan segenap kemampuannya yang ada. Karena orang yang berjihad telah menjual diri dan hartanya kepada Allah dengan surga. Dan ini adalah sebesar-besar ketundukan kepada-Nya dan sebesar-besar pengorbanan untuk-Nya. Maka tepat sekali jika Allah menjamin hidayah bagi orang yang benar dalam jihadnya.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (QS. Al-Furqaan :52)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَا لَكُمۡ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلۡتُمۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ أَرَضِيتُم بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مِنَ ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ فَمَا مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak"

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Cinta Rasul

Engkaulah Insan Sempurna

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Isnin, 30 Ogos 2010

Lailatul Qadr

di ambil dari : http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/ciri-ciri-munculnya-malam-lailatul-qodar.htm

Ciri-ciri Lailatul Qodr

Dinamakan lailatul qodr karena pada malam itu malaikat diperintahkan oleh Allah swt untuk menuliskan ketetapan tentang kebaikan, rezeki dan keberkahan di tahun ini, sebagaimana firman Allah swt :

Artinya : ”Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi[1369] dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul.” (QS. Ad Dukhan : 3 – 5)

Al Qurthubi mengatakan bahwa pada malam itu pula para malaikat turun dari setiap langit dan dari sidrotul muntaha ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang diucapkan manusia hingga terbit fajar. Para malaikat dan jibril as turun dengan membawa rahmat atas perintah Allah swt juga membawa setiap urusan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di tahun itu hingga yang akan datang. Lailatul Qodr adalah malam kesejahteraan dan kebaikan seluruhnya tanpa ada keburukan hingga terbit fajar, sebagaimana firman-Nya :

Artinya : ”Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qodr : 4 – 5)

Diantara hadits-hadits yang menceritakan tentang tanda-tanda lailatul qodr adalah :

1. Sabda Rasulullah saw,”Lailatul qodr adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang dishahihkan oleh Al Bani.

2. Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul qodr lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar setannya hingga terbit fajarnya.” (HR. Ibnu Hibban)

3. Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran.” (HR. Ibnu Khuzaimah yang sanadnya dihasankan oleh Al Bani)

4. Rasulullah saw berabda,”Tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya cerah tanpa sinar.” (HR. Muslim)

Terkait dengan berbagai tanda-tanda Lailatul Qodr yang disebutkan beberapa hadits, Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan,”Semua tanda tersebut tidak dapat memberikan keyakinan tentangnya dan tidak dapat memberikan keyakinan yakni bila tanda-tanda itu tidak ada berarti Lailatul Qodr tidak terjadi malam itu, karena lailatul qodr terjadi di negeri-negeri yang iklim, musim, dan cuacanya berbeda-beda. Bisa jadi ada diantara negeri-negeri muslim dengan keadaan yang tak pernah putus-putusnya turun hujan, padahal penduduk di daerah lain justru melaksanakan shalat istisqo’. Negeri-negeri itu berbeda dalam hal panas dan dingin, muncul dan tenggelamnya matahari, juga kuat dan lemahnya sinarnya. Karena itu sangat tidak mungkin bila tanda-tanda itu sama di seluruh belahan bumi ini. (Fiqih Puasa hal 177 – 178)

Perbedaan Waktu Antar Negara

Lailatul qodr merupakan rahasia Allah swt. Untuk itu dianjurkan agar setiap muslim mencarinya di sepuluh malam terakhir, sebagaimana sabda Rasulullah saw,”Carilah dia (lailatul qodr) pada sepuluh malam terakhir di malam-malam ganjil.” (HR. Bukhori Muslim).

Dari Abu Said bahwa Nabi saw menemui mereka pada pagi kedua puluh, lalu beliau berkhotbah. Dalam khutbahnya beliau saw bersabda,”Sungguh aku diperlihatkan Lailatul qodr, kemudian aku dilupakan—atau lupa—maka carilah ia di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam ganjil.” (Muttafaq Alaihi)

Pencarian lebih ditekankan pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori Muslim dari Ibnu Umar bahwa beberapa orang dari sahabat Rasulullah saw bermimpi tentang Lailatul Qodr di tujuh malam terakhir. Menanggapi mimpi itu, Rasulullah saw bersabda,”Aku melihat mimpi kalian bertemu pada tujuh malam terakhir. Karena itu barangsiapa hendak mencarinya maka hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir.”

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Carilah ia di sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang kalian lemah atau tdak mampu maka janganlah ia dikalahkan di tujuh malam terakhir.” (HR. Muslim, Ahmad dan Ath Thayalisi)

Malam-malam ganjil yang dimaksud dalam hadits diatas adalah malam ke- 21, 23, 25, 27 dan 29. Bila masuknya Ramadhan berbeda-beda dari berbagai negara—sebagaimana sering kita saksikan—maka malam-malam ganjil di beberapa negara menjadi melam-malam genap di sebagian negara lainnya sehingga untuk lebih berhati-hati maka carilah Lailatul Qodr di setiap malam pada sepuluh malam terakhir. Begitu pula dengan daerah-daerah yang hanya berbeda jamnya saja maka ia pun tidak akan terlewatkan dari lailatul qodr karena lailatul qodr ini bersifat umum mengenai semua negeri dan terjadi sepanjang malam hingga terbit fajar di setiap negeri-negeri itu.

Karena tidak ada yang mengetahui kapan jatuhnya lailatul qodr itu kecuali Allah swt maka cara yang terbaik untuk menggapainya adalah beritikaf di sepuluh malam terakhir sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya.

Ciri-ciri Orang Yang Mendapatkan Lailatul Qodr

Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhori dai Abu Hurairoh bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa melakukan qiyam lailatul qodr dengan penuh keimanan dan pengharapan (maka) dosa-dosanya yang telah lalu diampuni.”

Juga doa yang diajarkan Rasulullah saw saat menjumpai lailatul qodr adalah ”Wahai Allah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Maaf, Engkau mencintai pemaafan karena itu berikanlah maaf kepadaku.” (HR. Ibnu Majah)

Dari kedua hadits tersebut menunjukkan bahwa dianjurkan bagi setiap yang menginginkan lailatul qodr agar menghidupkan malam itu dengan berbagai ibadah, seperti : shalat malam, tilawah Al Qur’an, dzikir, doa dan amal-amal shaleh lainnya. Dan orang yang menghidupkan malam itu dengan amal-amal ibadah akan merasakan ketenangan hati, kelapangan dada dan kelezatan dalam ibadahnya itu karena semua itu dilakukan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ridho Allah swt.

Selamat mencari malam Al-Qadr

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Isnin, 23 Ogos 2010

Changes VS Hipokrit

Menurut kamus dewan:

HIPOKRIT - orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik...

Menurut kamus AKULA:

BERUBAH - orang yang bertukar dari satu sifat ke sifat yang lain...

Jadi dua perkataan yang mempunyai maksud yang seakan-akan sama cuma dipisahkan dengan perkataan 'BERPURA-PURA', sekaligus mengubah maksud perkataan tersebut secara total...

Hari ini, kita lihat manusia menjadi semakin pelik dan janggal, daripada tujuan asal dijadikan oleh pencipta mereka untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba, kepada seorang penderhaka yang sebenar-benar penderhaka,,, sedikit demi sedikit sifat kehambaan manusia itu telah terhakis dengan sikap dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh makhluk yang hina bergelar MANUSIA itu...

Ada suatu perkara yang kemungkinan besar kebanyakan daripada kita sedia maklum tentang perkara tersebut, tetapi kebanyakan dari kita tidak mampu untuk melakukannya atas alasan penghalang KONKRIT yang kita sendiri cipta sebenarnya walaupun sebenarnya perkara itu langsung tidak pernah berlaku...

itulah PERUBAHAN...
dan pengHALANGnya adalah HIPOKRIT...

Siapa di antara kita yang tdak mahu berubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lebih baik,
contoh mudahnya- masakan seorang pekerja mahu gaji mereka menurun dari tahun ke tahun mereka bekerja, pasti sahaja setiap daripada pekerja mahukan TANGGA gaji yang meningkat setiap tahun...

Teorinya mudah, tetapi perubahan akhlak manusia daripada BURUK kepada yang BAIK itu sangat sukar dilakukan kerana kebanyakan daripada kita terlalu SERIOUS memikirkan soal HIPOKRIT,, jadi untuk memilih jalan selamat, kita lebih selesa untuk berada dalam keadaan kita yang asal walaupun keinginan untuk berubah itu sememangnya kuat didalam diri kita...

BODOH! BODOH! BODOH!!!

Kesalahan kita adalah terlalu memikirkan soal 'ORANG CAKAP',
takut berubah kerana risau jika kita ada lagi melakukan dosa-dosa silam kita, maka "ORANG CAKAP" akan berbunyi dan menyebabkan kita MALU dengan ORANG tersebut...langsung tidak logik dan memang tidak dapat masuk akal...

Hipokrit itu hanya terjadi jika kita langsung tidak berniat untuk berubah, cuma melakukan perkara-perkara yang baik sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada khalayak ramai, tetapi jika niat kita memang IKHLAS untuk berubah, tetapi kadang-kadang kita tergelincir juga untuk melakukan dosa lalu, itu bukannya hipokrit kerana mana ada didalam sejarah dunia orang yang mampu berubah dalam sekelip mata, semuanya memerlukan masa, dan selagi kita berusaha kearah yang lebih baik itu, itu sudah dikira sebagai ibadah disisi Allah...

"ORANG CAKAP" itu cuma ilusi kita, walaupun memang ada benar orang yang gemar melakukan perkara sedemikian, Pedulikanlah kerana ASAS kita, FITRAH kita yang asal itu pastinya BAIK, tetapi biah dan suasana yang mengelilingi kita telah mencontengkan dosa dan noda diatas FIKRAH dan FITRAH kita yang asal...

Ingat sahabat-sahabat, sebelum kita dilahirkan, kita semua telah berjanji kepada Allah taala bahawa kita akan menjadi hambaNya yang sebenar-benar hamba, jadi bila mana kita berpaling dari ajaran Islam yang sebenar, kita sebenarnya telah bersifat HIPOKRIT kepada Allah taala...

Jadi Hipokrit mana yang anda takutkan??
HIPOKRIT ciptaan anda sendiri yang enggan berubah kepada keadaan yang lebih baik,,,

ataupun,
HIPOKRIT yang sebenar-benarnya kepada tuhan yang telah menjadikan kita semua...

timbang-timbangkanlah anda berada dilandasan mana sekarang...

Tuntas, JANGAN malu untuk berubah dari sesuatu perkara yang buruk kepada perkara yang baik, kerana setiap kali kita berkeinginan untuk maju setapak menghampiri Allah, Insyallah Allah akan lebih hampir dan sentiasa HAMPIR dengan hamba-hambanya yang SOLEH...

Buang pemikiran Hipokrit,,
Bina Fikrah Islam yang benar-benar KONKRIT,
Selalu berdoa supaya tidak dijadikan dari kalangan orang-orang MUNAFIK
Insyallah kita semua menuju kearah umat Islam yang benar-benar SOLID...

lakukan PERUBAHAN sekarang!!!!
anda mampu mengubahnya...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Jumaat, 20 Ogos 2010

Don’t judge a book by its cover!

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong NAFSUnya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu.”
Lalu jawab si pekerja: “Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja cemerlang.”
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata.
Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya:
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya.

Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari.
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang.
Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?
Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya.
Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?

Petikan dari atrikel oleh UZAR.
Fokus : Aurat wanita
Oleh: http://suarapesanan.blogspot.com

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Rabu, 11 Ogos 2010

Ahlan ya Ramadhan...

Alhamdulillah kita semua dipertemukan lagi dengan bulan kebesaran Islam ini,, bulan yang mana boleh menjadi medium tarbiyyah terbaik buat diri kita dalam menyusuri kehidupan seorang mukmin dan pejuang Allah...

Pastinya setiap dari kita akan terasa gembira disaat kita mula menjejakkan kaki kedalam bulan barakah ini, jadi pastikan ramadhan kali ini adalah bulan terbaik untuk kita melangkah kaki keluar dan menjadi graduan RAMADHAN yang turut gembira sepertimana saat kita mula-mula menjenguhnya...

Ada manusia yang ketika masuk dan berlalunya bulan Ramadhan, keadaannya sama sahaja...

Ada pula manusia yang ketika masuk bulan ramadhan sangat gembira sekali, tetapi saat meninggalkannya berasa sedih kerana terlepas peluang keemasan mencari keredhaanNya...
dan

Ada manusia yang disaat datangnya Ramadhan berasa gembira sekali, tetapi disaat akan ditinggalkannya terasa sayu bukan kerana terlepas peluang untuk mengabdikan diri, sebaliknya merasa sedih kerana bulan penuh BONUS ini akan berlalu pergi...

Apa-apa sekalipun perasaan kita ketika ini, pastikan ianya terisi dan dibajai dengan pengabdian yang sebenar-benarnya terhadap ilahi agar Ramadhan kali ini mampu mendidik diri kita menjadi seorang HAMBA yang sebenar-benar HAMBA...

Bentuk diri menjadi mukmin sejati...
Bentuk jiwa menjadi hamba abdi...
Bentuk masyarakat kembali kejalan yang HAKIKI...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Ahad, 1 Ogos 2010

faham atau tidak maksud FAHAM..

Islam itu syumul,

sesiapa sahaja mampu untuk mengatakan bahawa Islam itu syumul, satu agama yang melengkapi segenap aspek kehidupan tidak kira dari segi apa sekalipun, bermula daripada perkara-perkara yang kecil dan dipandang remeh oleh masyarakat seperti makan dan minum sehinggalah kepada perkara-perkara yang besar seperti perundangan Islam, segala-galanya pasti ada kaitan dengan kesyumulan Islam...

APA ITU ISLAM?
selamat...iaitu
satu-satunya agama atau cara hidup yang mampu menyelamatkan manusia semasa hidup di dunia ini dari kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya...

jadi secara logiknya Islam adalah satu-satunya talian hayat terakhir kepada seluruh umat manusia dari mana-mana kawasan sekalipun samada Malaysia, China, India, Mesir, Afrika selatan, Amerika, England ataupun mana_mana sahaja kawasan yang mempunyai pendudukan yang bernama manusia,

ISLAM adalah satu-satunya jalan penyelamat ANDA...
DAN antara tuntutan terbesar didalam ISLAM adalah menyebarkannya kepada kepada manusia-manusia yang lain atau dalam kata mudahnya
"DAKWAH"

Steps kepada pendakwah-pendakwah sekelian:

1- Dakwah bukan perkara yang mudah kerana jika dakwah itu mudah sudah pasti seluruh manusia didalam dunia ini sedang mengamalkan ISLAM..

2- Apabila kita melakukan sesuatu yang susah sudah tentu kita perlu menyiapkan diri kita sebaiknya dalam menempuhi cabaran-cabaran yang bakal mendatangi kita agar kita tidak terhenti di tengah-tengah jalan...

3- Salah satu persediaan yang paling penting dalam melaksanakan dakwah ialah para pendakwah perlu menjadi seorang yang HEBAT dan juga BERKALIBER...(option penting walaupun ramai menafikannya)

4- untuk menjadi seorang yang hebat para pendakwah mestilah mempunyai sebuah pencapaian yang boleh menyebabkan diri mereka ini dianggap HEBAT kerana keHEBATan tidak akan dengan sendirinya melainkan ada perkara(asbab) yang menyebabkan seseorang itu kelihatan HEBAT...

5- Pencapaian yang kita semua inginkan itu pastinya menginginkan kita supaya berusaha bersungguh-sungguh kerana mencapai kecemerlangan adalah satu perkara yang sukar tanpa selingan kudrat yang utuh...

" menuntut ilmu itu adalah suatu kewajipan, tetapi mencapai kecemerlangan itu adalah suatu KEPERLUAN "

ini kata-kata dari DR Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya kewajipan remaja Islam masa kini...

sesuatu perkara itu akan menjadi PERLU jika ianya boleh menyebabkan individu itu mendapat sesuatu daripadanya, dan berbetulan dengan kalimah DAKWAH, kecemerlangan adalah menjadi sesuatu KEPERLUAN jika kita benar-benar serius dalam melaksanakannya...

6- Pokoknya setiap individu muslim itu perlulah berusaha bersungguh-sungguh terutamanya kepada para pendaie kerana aspek KECEMERLANGAN seharusnya menjadi sebahagian daripada diri kita sebagai QUDWAH terbaek dalam kehidupan diatas dunia ini...wallahua'lam.

jika kita benar-benar memahami konsep al-Fahm, pastinya kita akan melihat Islam dalam setiap gerak geri kita dan setiap tingkah laku kita, bagi mahasiswa mahasiswi Islam seperti kita semua, pastikan kita menjadi sebahagian daripada GENERASI PENGUBAH yang bakal mencorakkan kehidupan dunia Islam yang baru kelak...

dan pastikan KECEMERLANGAN menjadi salah satu modal tebaik kita dan USAHAlah bersungguh-sungguh dalam mengecapi KECEMERLANGAN tersebut...

dan sesiapa yang malas berusaha sekarang bermakna dia telah berpaling daripada perjuangan Islam dan tunggulah keputusan Allah kepada hambanya yang telah berpaling...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Isnin, 19 Julai 2010

Steps Dakwah Fardiyah.

1. Ukhuwah
Langkah pertama yang perlu diambil ialah membentuk hubungan dengan mad’u yang dikenal pasti. Ambil berat mengenainya samada dengan menziarahinya, berjumpa mahupun menghubungi melalui telefon. Dalam erti kata lain, kita menjaga kebajikan mad’u kita sebaiknya. Dari situ akan timbul satu bentuk hubungan semacam adik-beradik.
Pada tahap ini juga, untuk menyebut dengan jelas mengenai iman adalah kurang sesuai ditakuti mad’u belum bersedia untuk berbual mengenainya.

2. Iman
Setelah ukhuwah dengan mad’u berjaya dibentuk, bolehlah kita menyelitkan sedikit sebanyak perbicaraan mengenai Iman secara indirect, ataupun bahasa yang digunakan dalam buku karangan Mustafa Masyhur, secara tidak sengaja. Bermakna perbincangan mengenai iman bukanlah melalui tazkirah atau majlis-majlis formal yang kita beri secara direct. Tapi ia lebih berbentuk kepada perbualan harian biasa cumanya diselitkan dengan kekuasaan dan kekuatan Allah.

3. Ibadah Khusus
Seterusnya, setelah mad’u mula merasakan kepentingan iman dalam diri, bolehlah kita berbicara mengenai ketaatan kepada perintah2 dan larangan2 Allah. Kita juga harus membantunya memberntuk akhlak dan disiplin dalam kehidupan seharian. Memberi pengajaran mengenai keburukan2 maksiat dan perkara-perkara basic yang lain.

4. Ibadah Umum
Apabila mad’u kita sudah menunjukkan perkembangan yang mantap dalam ibadah khusus, peranan kita seterusnya adalah untuk menerangkan kesyumulan Islam. Apa yang ingin dibawa pada tahap ini ialah, Islam bukanlah hanya sekadar solat, zakat, puasa dan Haji. Malah Lebih dari itu.
Perlu diterangkan kepada mad’u bahawa, dalam pekerjaan kita seharian yang meliputi makan, minum, tidur dan lain2, sekiranya ia dilakukan ikhlas kerana Allah dan berlandaskan syariat Islam (sunnah nabi), ia juga akan dikiran sebagai ibadah. Dan begitulah sepatutnya skop ibadah yang luas dalam Islam.

5. Dakwah
Setelah mad’u kita sudah jelas mengenai iman dan Islam, langkah seterusnya adalah untuk menerangkan bahawa Islam ini tidak berpada jika kita seorang sahaja yang betul-betul melaksanakannya. Penting untuk kita menyampaikannya kepada orang lain di sekelling kita.
Kita tidak boleh hidup dengan mangasingkan diri dari orang lain sepanjang masa. Sukar untuk Islam berkmbang biak sekiranya Islam tidak disebarkan kepada orang lain. Oleh itu, perlu kita terangkan kepada mad’u bahawa kita perlu turun kepada masyarakat dan mengajar mengenai Islam.

6. Jemaah
Di peringkat ini, mad’u kita harus diterangkan mengenai kepentingan bergerak secara berkumpulan (berjemaah). Daulah Islamiyyah tidak mungkin terbentuk jika kita hanya bergerak seorang. Bergerak secara solo ini menyebabkan kita lebih terdedah kepada bahaya-bahaya dalam dakwah seperti futur dan sebagainya.
Amat penting untuk kita bergerak secara berjemaah sebagai salah satu check and balance system, dan support system.

7. Harakah
Setelah mad’u kita sudah jelas mengenai hakikat kepentingan bergerak secara berjemaah dan sudah melaksanakannya, maka sudah sampai masanya untuk kita menerangkan kepada mad’u akan kepentingan untuk memilih organisasi yang sesuai untuk disertai. Penting untuk kita menerangkan serba sedikit mengenai kepentingan menyertai organisasi kerana dari situ kita akan dapat lihat satu sistem (manhaj) yang lebih jelas untuk merealisasikan dakwah.
Dalam pemilihan organisasi (harakah), penting untuk kita jelas mengenai prinsip-prinsip perjuangan yang kita mahu bawa. Dalam perkara ini, mad’u harus diberi ruang masa untuk berfikir dan berbincang supaya jelas mengenai hala tuju dan juga organisasi mana yang ingin disertai. Kita boleh mempengaruhi keputusan yang ingin dibuat oleh mad’u, tapi jangan sesekali memaksa mad’u untuk menyertai harakah yang kita sertai.

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Rabu, 7 Julai 2010

Bodohnya orang bercinta kerana mereka tahu mereka Bodoh

Dunia hari ini banyak menggoda remaja kearah percintaan yang bukan hakiki, tetapi hanyalah sebagai satu takah untuk menjuruskan mereka ke Lubang KEBINASAAN,,, kita akan cuba mengupas beberapa item yang boleh menunjukkan golongan-golongan peCINTA ini adalah antara golongan yang bodoh di atas bumi...

1- Seseorang yang bercinta sanggup menghabiskan kredit telefon bimbit mereka hampir LE5 sehari ataupon RM5(kos terendah bagi yang baru belajar BerCINTA), dan kos ini akan bertambah dalam keadaan linear sejajar dengan tempoh percintaan kecuali setelah terdapat beberapa keretakan dalam perhubungan.

2- Seseorang yang bercinta sanggup bersengkang mata sehingga lewat malam untuk semata-mata menyatakan keCONCERNan mereka kepada orang yang mereka cintai itu kononnya sedangkan perihal sebenar mereka hanyalah seorang yang mementingkan diri sendiri jika kita lihat keadaan peribadi mereka sendiri pon kita dapat KOMPOMkan bahawa mereka sebenarnya bukan lah seCONCERN yang mereka tunjukkan kepada pasangan masing-masing.

3- Seseorang yang bercinta itu sebenarnya sedang melakukan keHIPOKRITan yang sangat tinggi kerana masakan seorang yang zahirnya sangat tidak pernah mempedulikan orang langsung boleh pula mengambil berat tentang pasangannya seBERAT-BERAT yang mungkin, dan juga satu lagi fakta yang boleh kita nilai adalah bagaimana....

Jika seseorang itu tidak lagi bercinta dengan seseorang yang lain, mereka boleh melakukan apa-apa sahaja yang mungkin boleh menjatuhkan maruah diri mereka sendiri, tetapi sejurus SELEPAS sahaja mereka menjalinkan hubungan dengan seseorang itu, sifat mereka bertukar secara total(DEPAN PASANGAN JA LA) kepada sifat yang sangat-sangatlah MAHMUDAH...dan mampu juga kembali kebentuk asal jika hubungan telah putus...PELIK tapi BENAr(reality)

4- Seseorang yang bercinta itu boleh bermanja-manja dengan pasangan masing-masing walaupun mereka sangat arif bahawa tindakan mereka itu sangat-sangat bertentangan dengan apa yang diajar oleh TUHAN dan RASUL mereka,, jadi mereka ini seolah-olah sanggup bersekongkol sebentar dengan maksiat dan syaitan semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu naluri mereka itu sedang mereka tahu apa yang mereka lakukan itu TOTALly WRoNg....

5- Seseorang yang bercinta itu hanya memberikan kasih sayang secara AWANGAN sahaja kerana mereka tahu mereka tidak mampu untuk melakukan apa-apa kepada pasangan mereka selagimana mereka belum lagi diijab kabulkan,,, jadi terus-terusan lah mereka berada dalam fantasy mereka tanpa melakukan apa-apa score dan dalam masa yang sama mereka sedang menTOP upKAN dosa-dosa Manusia yang sentiasa banyak ini...

6- Seseorang yang bercinta itu juga Mampu untuk mencipta ruangan CINTA ISLAMIK yang mana mereka sendiri cipta,, kemudian mereka sendiri ikut,, jadi mereka sendiri rasa selamat dari dosa sedangkan batasan-batasan sebenar dalam percintaan itu sepatutnya mereka rujuk kepada orang yang betul-betul tahu tentang cinta ISLAM DAN orang itu juga mestilah TIDAK BERSEKONGKOL dengan MEREKA dalam mereka-reka RULE for Islamic LOVE...

Sedang kita hangat bercinta, kita lupa tanggungjawab kita untuk menjaga kabaikan ummah kerana kita terlalu asyik dengan SEORANG daripada ummah itu,,,
bukannya ISLAM itu syadid sangat tetapi kita yang terlalu nak LONGGAR sampai kita lupa CINTA yang sebenar itu apa sebenarnya dan apa TUNTUTAN-TUNTUTANnya- itu yang paling utama,,, mudah sahaja bagi yang sudah bersedia berKAHWINlah kerana ia mampu mencegah anda dari dibelenggu dosa yang kita sebenarnya boleh elakkan...

BAgi yang hangat bercinta- FIKIR-FIKIRkan lah
Bagi yang baru nak cuba- LEbih baik jangan libatkan diri anda...

tingkatkan AMALAN, KURANGKAN kesalahan,, insyallah SYURGa itu GANJARAN...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Jumaat, 7 Mei 2010