Isnin, 26 Oktober 2009 0 comments By: Abdul Hadi

KERJAYA DOKTOR- PLATFORM TERBAIK UNTUK BERDAKWAH

di ambik dari : http://mediczagazig3.blogspot.com/2009/10/kerjaya-doktor-platform-terbaik-untuk.html

ahun-tahun kebelakangan ini, bumi Mesir dikejutkan dengan kehadiran berbondong-bondong pelajar jurusan perubatan dan juga pengurangan secara mendadak bilangan mahasiswa daripada bidang pengajian Islam. Satu impak yang mungkin secara tidak langsung akan mempengaruhi sedikit sebanyak corak pemikiran ataupun cara berpolitik dikalangan mahasiswa-mahasiswi di Mesir. Budaya pemikiran mahasiswa perubatan yang mungkin sering kali dikaitkan dengan cara pemikiran ala barat seharusnya terhakis dengan cara sekiranya seseorang mahasiswa ataupun mahasiswi Islam di Mesir ini mula untuk menanamkan fikrah Islam yang sebenar di dalam sanubari mereka. Satu tanggapan bahawa kerjaya sebagai seorang doktor adalah salah satu daripada platform terbaik dalam gerakan penyebaran dakwah Islamiyyah di Negara tercinta Malaysia merupakan cabang utama dalam pembentukan modal insan yang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan Islam.

Seperti yang kita semua maklum, Malaysia dan hampir kesemua Negara-negara Islam diserata dunia kini sedang diserang suatu virus yang agak serius iaitu aliran pemikiran yang pelbagai sehinggakan masyarakat Malaysia yang kita kasihi seringkali terkeliru dalam memilih cara berfikir yang benar-benar sesuai dengan kehendak Islam. Sekularisme merupakan antara agenda utama musuh-musuh Islam dalam mempengaruhi tindak tanduk kaum muslimin kerana mereka sedar hanya dengan memisahkan agama Islam daripada kehidupan seorang muslim itu sahaja membuka ruang yang luas bagi mereka menyebarkan dakyah-dakyah kepada masyarakat muslim untuk berpaling daripada berpegang dengan tali Allah yang sebenar iaitu ajaran Islam yang hakiki. Pimpinan daripada pelbagai peringkat masyarakat kebanyakannya lebih terjurus kepada cara hidup yang lebih duniawi sedangkan kita semua sedar bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara bagi manusia dalam menuju ke daerah akhirat yang kekal abadi.

Kadangkala kita tidak sedar bahawa kita telahpun menjadi mangsa kepada golongan anti Islam, kerana dalam masa kita sibuk berpesan kepada manusia supaya berbakti untuk Islam, tetapi dalam masa yang sama kita jugalah antara AGEN rahsia musuh-musuh Islam yang menikam Islam dari belakang. Berpandukan kepada sejarah-sejarah lampau, kita seharusnya sedar dan lebih peka bahawa sesuatu institusi itu lebih mudah hancur dan roboh jika orang yang memusnahkannya adalah dari kalangan orang dalam berbanding jika serangan demi serangan tersebut dilancarkan oleh pihak luar.
Pernah dikisahkan pada suatu ketika, seorang hamba Allah pernah bertanya kepada seorang paderi Kristian di Indonesia, “adakah kamu tidak berasa apa-apa kerana orang-orang Islam di Indonesia ini lebih banyak daripada orang-orang yang beragama Kristian”. Tetapi paderi itu dengan tenang menjawab “aku tidak pedulikan andai bilangan penganut Kristian sedikit berbanding penganut Islam, asalkan sifat (akhlak) orang-orang Islam itu sudah seakan-akan mereka menganut agama Kristian”.
Jadi disini kita seharusnya sudah jelas akan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim mukmin yang sebenar apabila pulang ke Malaysia kelak.

Doktor seperti yang kita maklum merupakan salah satu cabang ilmu yang terpenting di seluruh tempat. Semua manusia sama ada mahu ataupun tidak pasti tidak dapat terlepas daripada mendapat penyakit yang memaksa mereka untuk datang dan bertemu dengan para doctor-doktor sekalian. Daripada tok kiyai, imam masjid sehinggalah kepada mat rempit, mat ganja pasti tidak dapat tidak akan menghadirkan diri kepada para doktor sekalian untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit yang ada di atas muka bumi Allah ini. Jadi, apa salahnya jika kita menggunakan peluang yang tersadai ini sebagai salah satu darpada wadah terbaik untuk kita membantu dalam gerak kerja penyebaran Islam walau dimana kita berada. Suatu mindset perlu kita sisipkan dalam minda kita bahawa kita adalah antara golongan yang terbaik yang Allah pilih dari kalangan umat Islam yang lain kerana kita tidak perlu bersusah payah untuk mencari mad’u (orang untuk didakwah), sebaliknya mad’u sendiri yang akan datang bertemu dengan kita. Bukankah ini satu kelebihan yang sukar untuk manusia peroleh dan adakah kita akan membiarkan peluang beramal soleh ini berlalu begitu sahaja hanya dengan suatu tanggapan sekularisme-“aku ni budak medic, kerja-kerja dakwah ni serah pada ustaz-ustaz lah”, suatu ungkapan bodoh boleh kita katakan kepada manusia-manusia sebegini.

Namun sesuatu gerak kerja itu pastinya membutuhkan kepada wacana ataupun pengetahuan. Tidak dapat tidak, gerak kerja penyebaran Islam itu juga sangat-sangatlah memerlukan kepada item pengetahuan Islam yang betul-betul tepat dan selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Selaku mahasiswa perubatan di bumi Mesir, seharusnya masalah mendapatkan ilmu bukan menjadi faktor utama kepada kita kerana bumi Mesir ini sendiri sudah terkenal dengan gedung ilmu yang pelbagai, cumanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada benar-benar berhasrat untuk mendapatkannya ataupun sekadar datang ke Mesir dan pulang ke Malaysia sebagai seorang doktor biasa yang hanya pakar dalam bidang perubatan tetapi tiada nilai tambah dalam dirinya tentang ilmu-ilmu Islam yang terbenang luas di sini. Terapkan dalam jiwa-jiwa kita akan semangat yang tinggi dalam menimba ilmu Islam dan dalam masa yang sama tidak lalai akan tujuan utama kehadiran kita di bumi anbiya’ ini iaitu mendapatkan ilmu-ilmu perubatan sebanyak-banyaknya.

Kesimpulannya ayuh kita gempur majlis-majlis ilmu di mesir ini untuk kita jadikan ia sebagai nilai tambah yang paling berharga dan bernilai apabila kita pulang ke Malaysia kelak. Sama-samalah kita jadikan profession kedoktoran ini sebagai salah satu daripada titik permulaan kepada kita dalam misi memartabatkan Islam kembali seperti disaat kegemilangannya pada zaman rasulallah SAW.

-satu fikrah satu amal-

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Rabu, 21 Oktober 2009 0 comments By: Abdul Hadi

cerpen untuk semua...

di copy dan paste dari : http://dzulkhairi.blogspot.com/2009/10/cerpen-muhasabah-iii.html

Selepas Subuh hari itu, saya memerhatikan beberapa ayat al-Quran. Tadabbur dan tafakkur. Khali seketika. Saya amat tersentak apabila memerhatikan makna yang terkandung dalam surah Iqra’.

“Apa yang Abg Dzul dapat daripada surah itu?” adik usrah saya bertanya.

“Surah ini banyak juga membentak Abu Jahal. Apa yang paling menakutkan ialah apabila Allah membuat satu cabaran terbuka kepada bapa saudara nabi yang kufur itu. “Maka panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu)”. Itu cabaran yang dilemparkan oleh Allah,” jelas saya ringkas.

Namun bukan itu yang menakutkan. Saya diam mengumpul tenaga. terasa sebak melanda hati saya, sekaligus membuatkan jiwa saya terperosok ke lembah kedukaan. Saya dapat merasakan seolah-olah saya benci seketika untuk melakukan maksiat.

Rantai keimanan mengikat saya. “Panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu). Kami (Allah) pula akan memanggil Zabaniah.”

Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.

Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati petur. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.

“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa gei menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib.

Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.

-satu fikrah satu amal-

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Isnin, 19 Oktober 2009 0 comments By: Abdul Hadi

QUADRO TOURS

video

high quality(77 MB)

video

low quality( 9 MB)

video perjalanan kami merentasi 4 negara
SELAMAT MENONTON
SEMOGA TERHIBUR

-SATU FIKRAH SATU AMAL-

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Khamis, 15 Oktober 2009 0 comments By: Abdul Hadi

lagu pilihan mauqif tanta...

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya

Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

lagu KEHIDUPAN oleh INTEAM...

-satu fikrah satu amal-

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Rabu, 14 Oktober 2009 1 comments By: Abdul Hadi

sedetik bersama murabbi......

"Inilah perjalanan hidup seorang pejuang Islam"

suatu kalam semangat yang insyallah akan aku gunakan sebagai peransang dalam menjalani hidup sebagai seorang hamba Allah....

semalam aku didatangi suatu rombongan daripada kaherah,, seseorang yang sesekali tidak pernah aku sangka sudi untuk menziarahi aku yang baru sahaja terlibat dengan kemalangan jalanraya...

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MOHD TAIB- ahli parlimen BALING merangkap ajk PAS pusat

bangga bercampur SEGAN yang bercampur dalam hati aku atas kehadiran salah seorang murabbi perjuang Islam di Malaysia yang bertandang ke teratak buruk aku ni...

Kebetulan pada waktu itu,, sahabat dari tahun satu juga datang pada masa yang sama,, jadi bertambah2 ramailah orang yang ada dirumahku pada masa itu,,

Cumanya yang paling penting kami sempat mendengar sedikit tazkirah daripada YB ustaz taib yang pada aku sangat penting dan berguna untuk aku kongsikan dengan semua sahabat2 yang lain,, walaupun cuma 2 perkara yang sempat beliau kongsikan dengan kami tetapi aku rasa ianya sangat bermanfaat untuk dijadikan sebagai suatu halatuju yang boleh membawa kepada kegemilangan Islam semula...

perkara pertama:
secara teorinya sekarang umat Islam diMalaysia masih lagi berdosa kerana tidak dapat memenuhi kehendak fardhu kifayah dalam bidang perubatan,, ini kerana sehingga kehari ini,, keluaran Dr muslim dan muslimah masih lagi tidak dapat memenuhi kuota ataupun target yang diperlukan untuk kira2 15 juta rakyat Malaysia yang beragama Islam,, jadi dalam hal ini,, beliau menasihatkan kepada kita selaku bakal2 doktor Islam yang akan pulang ke tanah air nanti supaya dapat belajar bersungguh2 dan berusaha selagi termampu untuk bukan sekadar menjadi doktor2 biasa bila kita pulang ke tanah air nanti,, tetapi sebaliknya dapat menyambung pengajian sehingga menjadi salah seorang tenaga pakar di Malaysia kelak...insyallah,,

perkara kedua:
di samping itu,, beliau juga ada menegaskan kepada kami supaya tidak hanya memikirkan bahawa menjadi doktor dapat menjamin kehidupan diatas dunia ini sahaja sebaliknya sebagai seorang doktor muslim kita seharusnya lebih cenderung untuk menjadikan ia sebagai platform terbaik dalam gerakan menyebarkan dakwah Islamiyyah yang dituntut kepada seluruh umat Islam pada masa kini,,,

pada akhir kalam beliau,, ada menyatakan bahawa jangan singkatkan minda kita dengan memandang bahawa perubatan Islam hanya jampi dan serapah,, sebaliknya seluruh Ilmu perubatan yang ada dimuka bumi ini adalah asalnya daripada ilmu Islam itu sendiri,,

"ilmu adalah perkara yang umat Islam keciciran"

walaupun kaki ini sakit,, tapi insyallah akan aku jadikan ia sebagai batu loncatan untuk aku melangkah lebih jauh dalam melalui ranjau perjuangan yang penuh seribu satu dugaan ini....
doakan kami semua cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat untuk ISLAM...
(dr shamsul bakri, ustaz hidayat, ustaz anas zarif, dr hakim, ustaz solehuddin, dr wan zaimu nazmeer)

-satu fikrah satu amal-

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Isnin, 26 Oktober 2009

Rabu, 21 Oktober 2009

Isnin, 19 Oktober 2009

QUADRO TOURS

video

high quality(77 MB)

video

low quality( 9 MB)

video perjalanan kami merentasi 4 negara
SELAMAT MENONTON
SEMOGA TERHIBUR

-SATU FIKRAH SATU AMAL-

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Khamis, 15 Oktober 2009

lagu pilihan mauqif tanta...

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya

Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

lagu KEHIDUPAN oleh INTEAM...

-satu fikrah satu amal-

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Rabu, 14 Oktober 2009