Isnin, 16 Februari 2009 By: Abdul Hadi

3TA...

Manusia itu menjadi ISTIMEWA apabila dibandingkan dengan makhluk2 Allah yang yang lain adalah bilamana dia dapat meletakkan akalnya melebihi kemahuan nafsu ketika dia melakukan sesuatu perkara. Jadi tidak hairanlah andai kita kerap kali mendengar perbandingan bahawa sesetengah manusia itu lebih teruk dari binatang dan seandainya kita juga tidak mampu untuk mengawal hawa nafsu kita dengan baik maka kita juga tergolong dalam golongan tersebut. Akal yang Allah kurniakan kepada kita langsung tidak kita gunakan untuk memacu kita kearah menghindari perbuatan2 maksiat, tetapi kita lebih gemar untuk menjadikan akal fikiran kita yang bijaksana ini untuk memikirkan strategi2 jahat yang ingin kita lakukan untuk mencapai sesuatu tujuan yang hanya duniawi semata-mata. Ini secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa kita telah menkhianati salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.

Cabaran, dugaan, tribulasi merupakan suatu perkara yang biasa ketika kita mengakui bahawasanya diri kita beriman, tetapi sejauh manakah kita dapat memperKUDAkan hawa nafsu kita disamping sedaya upaya cuba mengatasi cabaran tersebut. Pelbagai jenis mehna ataupun halangan yang boleh kita perkatakan mampu untuk menggugat keimanan yang kita pelihara, tetapi antara cabaran yang paling besar dan sinonim untuk kita hadapi pasti salah satunya tergolong didalam lingkungan 3TA.

3TA adalah... = WANITA
TAKHTA
HARTA

Seperti yang kita sedia maklum, harta adalah sebahagian dari diri kita dalam meneruskan survival diatas dunia ini. Tapi jika kita selidiki maksud tersirat yang ada pada frasa ini "everything need money, but money is not everything", pasti disana terdapat sedikit input positif yang boleh kita jadikan sebagai salah satu daripada benteng untuk kita dalam menghadapi bahana FULUS yang jika kita sedikit cuai atau terleka, kita akan sama tergolong didalam golongan ahli neraka.nauzubillah. Ingatkah kita kepada kisah bagaimana Qarun dimusnahkan oleh Allah disebabkan keegoan yang timbul dalam dirinya kerana menyatakan bahawa kekayaan yang ada pada dirinya adalah disebabkan oleh hasil usahanya sendiri sambil menafikan harta tersebut adalah anugerah dari Allah. Kemudian, lihatlah juga kemusnahan yang telah Allah turunkan kepada manusia2 yang terlalu asyik dalam mengejar harta benda kekayaan. Adakah kita langsung tidak mengambil secebis pengiktibaran dari kisah-kisah tersebut. Para alim ulamak di Malaysia gemar mengingatkan kita dalam kuliah2 mereka "al fulusu fid dunnia wal MAMPOS fil akhirat", sepatutnya cukup untuk menggambarkan betapa bahayanya harta benda kepada umat Islam melainkan harta benda tersebut diuruskan secara islamik bukannya secara fasik. Lihat saja di Malaysia, ramai hartawan dan bangsawan yang gugur di medan IMAN akibat terlalu asyik dibuai perasaan cintakan harta benda dan keduniaan.

Pangkat ataupun takhta juga adalah salah satu daripada cabaran yang boleh kita klasifikasikan mampu untuk menghancurkan iman kita yang hanya senipis rambut ini. Kini kekuasaan menjadi bahan buruan hampir setiap manusia di seluruh dunia kerana mungkin kekuasaan yang mereka miliki diatas bumi ini mampu untuk menutup segala jenis kesalahan dan kesilapan yang mereka telah lakukan. Selain itu, budaya bodek membodek menjadi satu sifat yang biasa dikalangan umat Islam hanya untuk mendapatkan secebis kuasa atau pengaruh yang membolehkan kita TERASA hebat bila dipandang oleh masyarakat sekeliling. Sifat inilah yang wujud didalam jiwa manusia2 yang kotor kerana beranggapan bahawa suatu taklifan itu adalah suatu tashrifan(kemuliaan), walaupun pada hakikatnya suatu taklifan ataupun tanggungjawab itu sebenarnya adalah suatu amanah yang berat yang akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak. Sebahagian dari manusia itu juga sanggup fitnah memfitnah antara satu sama lain, saling berbunuhan, jampi-menjampi semata-mata untuk mencari satu TITLE yang mungkin hanya dipandang mulia dimata manusia yang lain tetapi hina dipandangan Allah sekiranya manusia itu gagal untuk menyempurnakan tanggungjawab yang telah dipikulkan keatas bahunya. Ingatlah kita pada suatu hadis nabi yang berbunyi "setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan dipersoalkan atas apa yang telah kamu pimpin".

oh wanita kembali menginsafi
kepada asal fitrah kejadianmu
diciptakan untuk dihormati
sentiasa diredhai tuhan pencipta
kembali kepadanya, juga pada rasulnya
pasti dihadirkan taufiq dan hidayahnya...WANITA...

..CIRI-CIRI PEMAKAI WANITA SOLEHAH MENGIKUT SYARAK..

Dalam mengharungi cabaran fitnah yang melanda dunia Islam kini, wanita merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar kepada gejala maksiat. Jika kita lihat pada teks nasyid nyanyian kumpulan hijjaz diatas, bolehlah kita katakan wanita seWAJIBnya menjaga kehormatan diri sebaik mungkin kerana maruah seorang wanita itu merupakan suatu mahar yang paling berharga kepada mereka, tetapi realiti kehidupan masa kini, akibat terlalu mengejar cita2 dunia, wanita secara tidak sedar sebenarnya telah mengundang pelbagai maksiat dengan mencampakkan diri mereka sendiri kelembah kehinaan. Ungkapan " saya ni seksi taramana pon, x penah lagi kena kacau dengan sapa2", sepatutnya tidak terpacul keluar dari mulut seorang individu yang bergelar muslimah kerana kemungkinan akibat daripada pemakaiannya yang gemar mendedahkan aurat, muslimah2 yang lain yang lengkap berpakaian tutup turut sama menjadi buruan lelaki2 yang bertopengkan manusia yang pada hakikatnya adalah binatang. Berkemungkinan akibat tidak dapat mengawal nafsu amarah yang ada dalam diri, seorang lelaki itu sanggup menTARGET wanita lain dek kerana terlalu ghairah melihat wanita2 yang berpakaian seksi. Ini secara tidak langsung mengakibatkan indeks kadar jenayah rogol di negara kita meningkat sehinggakan lebih teruk lagi ada terdapat kanak2 perempuan dibawah umur juga turut menjadi mangsa.

Justeru, secara keseluruhannya, segala CABARAN yang telah diperkatakan ini sebenarnya telah lama ditempuhi oleh baginda rasullah ketika baginda mula2 bergerak untuk menyebarkan dakwah. Baginda ditawarkan harta kekayaan, kuasa dan pangkat, dan wanita2 yang paling cantik pada zaman tersebut, tetapi baginda rasullah telah menolak segala tawaran tersebut demi untuk terus menjalankan tanggungjawab baginda selaku nabi dan rasul dalam menyinari setiap ceruk dunia ini dengan sinaran Islam. Moga2 dengan segala tunjuk ajar yang telah baginda curahkan kepada kita dapat memberikan serba sedikit tips untuk kita meneruskan kehidupan sebagai umat Islam dan dalam masa yang sama meneruskan cita2 perjuangan baginda. Sebagai peringatan, janganlah kita sesekali terpedaya dengan godaan2 syaitan yang sememangnya akan cuba sedaya upaya untuk menyesatkan umat manusia dari kebenaran yang nyata.

...istikomah khairun min alfun karomah....

..melayari dakwah melalui tarbiyyah..

0 comments:

Catat Ulasan

Isnin, 16 Februari 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan