Selasa, 16 Ogos 2011 0 comments By: Abdul Hadi

Kenapa umat Islam hari ini PiNCANG

Hari ini,, kita lihat umat Islam diseluruh dunia sedang diuji dengan keLEMAHan dan keTAKUTan... sedar atau tidak, sebenarnya semua keburukan itu BALA' yang Allah turunkan kepada kita sebab kita terlalu leka dan asyik dengan keINDAHan dunia...

dari yang ada Phd, Master, ijazah, diploma, sijil, SPM, PMR, UPSR sampailah kepada muslim yang tidak tahu menggosok gigi,, kita semua telah diracuni satu virus yang sangat sukar untuk dicari penawar... virus NAFSI-NAFSI( satu penemuan terbaru oleh saintis dari sri lanka) yang merupakan virus pembunuh jiwa MUSLIM yang berbentuk AUTOIMMUNE...

Cuma mungkin hari ini kita tidak sedar,, virus ini menghinggapi hampir 99% umat Islam diseluruh dunia... complikasi virus ini yang terbesar adalah ia membuat kan kita menjadi lemah kerana setiap manusia itu diasingkan atas kapasiti kekuatan INDIVIDU dan ianya ternyata berbeza dengan konsep Islam yang diajar oleh baginda junjungan besar Muhammad SAW bahawa setiap muslim itu adalah bersaudara... saling melengkapi antara satu sama lain sepertimana jari jemari kedua2 belah tangan kita yang dieratkan bersama....

tapi bukan isu ini yang nak dibincangkan pada malam ini... isu yang yang lebih penting dari isu ini iaitu

BAGAIMANA KITA MAHU MENJADIKAN MANUSIA MUSLIM ITU KEMBALI BERSATU????

inilah salah satu hikmah kenapa Nabi Allah Muhammad SAW diturunkan kepada kita... ada suatu konsep yang cuba Allah berikan kepada kita tentang hikmah kejadian pada setiap kaum itu SEORANG NABI atau RASUL yang bertanggungjawab untuk menyeru manusia untuk TAKUT kepada Allah dengan sebenar-benar TAQWA....

itulah konsep Kepentingan KEPIMPINAN dalam membentuk persekitaran pemikiran umat Islam....

TAAT, WALA', patuh pada Arahan, inilah sebenarnya kekurangan kita yang sangat ketara jika dibandingkan dengan umat-umat Islam terdahulu...

sebagaimana yang dikisahkan didalam Al-Quran tentang peperangan tentera JALUT(MUSLIM) menentang tentera TALUT(KAFIR)... pengajaran terbesar didalam kisah ini adalah bagaimana jumlah tentera Islam yang pada mulanya puluhan ribu,, berkurang menjadi ribuan sahaja disebabkan mereka ingkar pada arahan Allah melalui JALUT pada ketika itu untuk tidak minum air disebatang sungai kecuali seceduk tangan sahaja... puluhan ribu tentera Islam yang melanggar arahan tersebut ditipa BALA' ataupun IQAB dari Allah kepada mereka dengan kehadiran rasa takut pada tentera musuh... akhirnya mereka tidak dapat meneruskan perjalanan menuju medan jihad sebaliknya terhenti di sungai tersebut.... Tetapi kuasa Allah mengatasi segala kekuasaan yang ada didunia ini,, Tentera JALUT yang PATUH dan berjumlah ribuan itu sahaja mampu mengalahkan tentera TALUT yang berjumlah puluhan ribu dengan izin Allah....

ini adalah salah satu BUKTI yang Allah tunjukkan kepada umat Islam tentang bagaimana kekuatan kita dapat dibentuk berpaksikan seorang PEMIMPIN yang berkaliber dan mampu memimpin anak-anak buahnya untuk berjuang mencari redha Allah...

dalam skop yang lebih kecil dan mudah,, boleh kita simpulkan,, mengapa seorang LELAKI itu boleh bernikah dengan 4 orang wanita,, tetapi tidak sebaliknya... hikmah yang sama cuba saya lontarkan buat kita semua fikirkan,, point yang cuba saya terapkan disini adalah kerana LELAKI itu adalah KETUA atau PEMIMPIN bagi keluarga,,, masakan kita mampu mendengar arahan dari 4 orang BAPA,,, tetapi arahan dari 4 orang ibu boleh disimpulkan oleh seorang BAPA...

PEMIMPIN adalah ikon kepada penyatuan jiwa-jiwa kita... sirah nabawiyah membuktikan bagaimana rasulAllah mampu mengubah pemikiran para sahabat pada zaman baginda memerintah untuk taat dan patuh pada suruhan Allah sedangkan kita semua tahu bahawa, pada ketika itu semua sahabat-sahabat adalah muallaf...

itulah pentingnya satu bentuk kepimpinan yang mempunyai manhaj tarbiyyah yang jelas mampu mendidik para sahabat yang baru memeluk ISLAM pada ketika itu untuk tidak gentar walaupun terpaksa mempertahankan ISLAM dengan jiwa dan nyawa mereka sendiri... inilah kekuatan taat dan wala' pada pimpinan....

tetapi kita sekarang berdepan dengan manusia yang sudah tidak mengendahkan PEMIMPIN...

x percaya....

cuba tanya diri kita hari ini.... AKU NI SEBENARNYA TAAT PADA SIAPA????????????????

tak ada.....kita x pernah taat pada mana-mana pemimpin... semua sibuk nak jadi pemimpin.... sebab itulah bila ada sesuatu arahan yang pemimpin kita keluarkan,, kita x dapat nak terima,,, sebab kita TIDAK PERNAH LANGSUNG TERFIKIR NAK TAAT PADA PEMIMPIN....

tak cukup dengan itu,,, kadang-kadang siap pandai menjawab lagi bila ditanya kenapa tidak TAAT...

" saya cuma taat pada Allah dah RasulAllah"

ni contoh orang x belajar tapi jawapan nak BEST macam ILMU tinggi melangit...

Alquran pun ajar supaya taat pada Allah, Rasul dan pemimpin yang ada dikalangan kamu...

cuma arahan ketaatan pada pemimpin itu bersyarat,, iaitu,,, kalau arahan itu bertentangan dengan perinah Allah,, maka ia juga haram ditaati.. dan selagi arahan itu selaras dengan NAS-nas ataupun dalil yang ada dalam ISLAM... maka kita WAJIB....

WAJIB....
WAJIB...
WAJIB.....untuk kita patuhi..............

susahnya zaman sekarang ini bila orang berlumba-lumba nak jadi pemimpin,,, sedangkan pada ZAMAN rasulAllah,, semua sahabat takut nak pegang taklifan yang berat ini...

NASIHAT SAYA... kepada semua sahabat-sahabat,, belajar la untuk patuh pada pemimpin kita... walaupun dia cuma seorang pemimpin pelajar... tetapi dia tetap akan dipersoalkan oleh Allah kelak atas apa yang dia telah lakukan...

dan buat yang SUKA menjadi pemimpin,,, mintalah jawatan sebanyak-banyak yang boleh... pungut,, CIPTA,, bina,, kumpulkan semua jenis jawatan yang anda boleh ADA,,, dan tunggulah saat anda bertemu dengan TUHAN semesta Alam ni... ANDA PASTI TERGAGAP mencari jawapan atas USAHA yang anda lakukan....

TAKLIFAN itu AMANAH,, satu BEBANAN...yang menggambarkan kita adalah hamba pada masyarakat sekeliling,,,
bukannya satu TASHRIFAN,, ataupun KEBANGGAAN yang boleh kita tunjuk-tunjukkan...

MARI BERSAMA MEMBENTUK SATU UMMAH YANG BERWALA'kan pimpinan dalam pembentukan SATU FIKRAH SATU UMMAH...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Rabu, 3 Ogos 2011 0 comments By: Abdul Hadi

Pertama Ramadhan

semoga kita semua mengetahui hakikat sebenar kita diberi peluang menjengah RAMADHAN...

Insyallah, inilah Ramadhan yang kita tunggu-tunggu untuk menjadi hamba Allah yang sebaik-baik HAMBA....Ya Allah, bantulah kami semua...Amin...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Selasa, 21 Jun 2011 0 comments By: Abdul Hadi

INSPIRASI.. bila giliran aku...

Setiap dari kita pasti mempunyai pelbagai jenis impian dan keinginan,, kadangkala, keinginan itu mudah untuk kita miliki,, tetapi adakalanya keinginan itu merupakan satu perkara yang mustahil pada diri kita,, namun atas dasar kesungguhan yang kita tunjukkan, insyallah apa-apa sahaja perkara yang mustahil pada asalnya mungkin boleh bertukar kepada perkara kelaziman pada kita...

apa-apa pun,, ada suatu impian yang pastinya setiap daripada kita yang bergelar MUSLIM ini pernah terlintas difikiran kita,,, walaupun kita sedar, sebenarnya kita pastinya langsung tidak layak untuk bertemu dengannya,, tapi apa salahnya kita berharap,, mungkin satu hari nanti Allah dapat membuka hijab kita untuk bertemu dengan kekasih kepada kita semua,, penghulu bagi sekalian rasul dan manusia,,

DIAlah Muhammad Rasulallah SAW...

hari ni saya nak berkongsi satu cerita bagaimana caranya untuk kita berMIMPI bertemu dengan Rasulallah,, moga dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita semua,, kisah ini pon saya dapat daripada u-tube...

Pada suatu hari,, datang seorang pelajar bertemu dengan gurunya dan bertanya kepada gurunya bagaimana dia dapat melihat Rasulallah... kemudian gurunya berkata kepada pelajar tersebut untuk datang ke rumahnya untuk beliau mengajar bagaimana cara-cara untuk melihat rasulallah didalam mimpi pelajar tersebut,,,

dipendekkan cerita,, pada suatu malam,, pelajar tersebut datang kerumah gurunya dan meminta agar diajarkan kepadanya bagaimana untuk dia bertemu dengan Rasulallah,, tetapi secara tenang gurunya meminta dia bersabar dan menjamu pelajar tersebut dengan hidangan makan malam yang sangat masin,, semasa pelajar tersebut sedang makan,, beberapa kali dia meminta keizinan gurunya untuk meneguk air kerana tidak tertahan dengan kemasinan makanan yang dijamahnya,, tetapi gurunya melarang dia dari melakukan perkara tersebut sehinggalah pelajar tersebut dapat menghabiskan kesemua makanan yang masin tersebut....

sesudah makan,, tanpa berlengahkan masa,, pelajar tersebut terus meminta gurunya untuk mengajarkan kepadanya bagaimana cara untuk bertemu dengan Rasulallah didalam mimpi,, tetapi gurunya meminta agar pelajar tersebut terus tidur tanpa meminum sedikit air pon,,, dalam keadaan sedikit kecewa,, pelajar tersebut tetap taat dengan perintah gurunya tersebut...

keesokkan harinya,, gurunya bertanya kepada pelajar tersebut apa yang dia mimpikan semalam,, kemudian pelajar tersebut berkata kepada gurunya bahawa dia bermimpi 3 perkara sepanjang tidurnya malam tersebut...

pertama,, dia bermimpi hujan lebat yang turun ... kedua,, dia bermimpi terlihat anak sungai mengalir didepan matanya... ketiga,, dia bermimpi lautan luas yang terbentang didepan wajahnya...

kemudian dia bertanya kepada gurunya,, apakah maksud kepada mimpinya tersebut,,, dan dengan penuh berhikmahnya, guru tersebut berkata kepada pelajarnya bahawa itulah pelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajarnya,, gurunya berkata bahawa mimpi pelajarnya adalah benar kerana orang yang sedang benar-benar dahaga pasti akan sentiasa teringat akan AIR kerana itulah kecenderungannya ketika itu,,

....see your smile when you see me....

Jadi,, untuk bertemu dengan Rasulallah,, kita perlulah menjadikan diri kita ini benar-benar cinta dan rindu kepada Rasulallah terlebih dahulu,, melakukan apa yang rasulallah ajarkan kepada kita, dan meninggalkan apa yang rasulallah larang pada kita,, barulah HIJAB yang membatasi diri kita untuk bertemu dengan insan agung itu dapat diangkat....Wallahua'lam...

Kesimpulannya,, wajarlah jika kita pernah terlintas dihati untuk bertemu dengan Rasulallah kerana hakikat seorang manusia itu pasti ingin menatap wajah suci kekasih Allah yang membawa risalah PENYELAMAT kepada kita semua... Bersama-samalah kita doakan agar diri kita semua diberi peluang oleh Allah taala supaya dapat merasai nikmat yang besar ini...

Rasulalah telah lama merindui kita semua:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka." Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

ya Rasullah,, kami merinduimu...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Sabtu, 11 Jun 2011 0 comments By: Abdul Hadi

Berdakwahlah dengan bahasa CINTA

fuuuuhhhhhh........ tiup habuk dulu...(haha)

“ sesiapa yang mengucapkan lailahailallah maka dia adalah pendakwah ” .

DAKWAH, satu perkataan yang memberi makna yang besar, tetapi kini ia menjadi semakin tersisih,, dah lebih berat lagi apabila perkataan ini menjadi seolah-olah TRAUMA kepada sebahagian besar umat Islam sekarang,, mungkin sahaja perkataan ini semakin hilang taringnya kerana cara MODERN LIFE kita pada hari ini, menggambarkan bahawa perkara seperti ini seperti semakin tidak relevan lagi,,

Tetapi, mahu atau tidak, inilah sebenarnya kekuatan umat Islam yang menyebabkan suatu ketika dahulu Islam dapat menakluki hampir satu pertiga dunia, sehinggalah kejatuhan kerajaan turki Uthmaniah, akhirnya sistem Islam semakin tidak diguna pakai dan jika ada sekalipun, ia hanya sekadar terPENJARA di masjid-masjid dan pejabat-pejabat Agama Islam...

CINTA,, cinta itu perkataan indah yang mampu membuatkan orang seKERING beast pon boleh tertawan dengan si beauty,,
dimanakan kekuatan cinta??

cinta itu mempunyai kuasa yang sangat besar kerana ia menggunakan hati dan perasaan dalam setiap tindakan yang dilakukan,,, penekanan aspek batiniah seperti pujuk rayu, memahami keadaan, dan kepercayaan yang tinggi itu pada zat yang dicintai itu mungkin sahaja mampu meleburkan hati manusia yang keras, zalim dan tidak berperikemanusian sehingga tertawan dengan AYAT-AYAT CINTA yang dilafazkan...

Atas sebab itulah kalimah azimat ini dengan kuasanya yang hebat itu digunakan sePANTAS mungkin oleh syaitan untuk merosakkan akidah umat Islam seACUTE( within few seconds) dan seKRONIK( after several months) mungkin untuk turut serta bersama mereka kerana bukankah Allah telah berjanji bahawa neraka Allah itu adalah tempat bagi manusia-manusia dan jin-jin yang ingkar kepada peraturannNya selamamana hidup dimuka bumi ini...

وَلَوۡ شِئۡنَا لَأَتَيۡنَا كُلَّ نَفۡسٍ هُدَٮٰهَا وَلَـٰكِنۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ مِنِّى لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayat petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh). (surah as-sajdah: 13)

disini ditimbulkan satu persoalan kepada kita semua,,,

mengapa para pendaie sekalian,, anda tidak mahu menggunakan kelebihan CINTA itu pada DAKWAH yang anda sampaikan....

adakah kita tidak bijak menghidu peluang disaat semua manusia itu terlalu asyik bercinta,, kita langsung tidak pernah menggunakan kekuatan yang ada pada kalimah keramat tersebut untuk menjadi satu aspek penting dalam penyampaian dakwah untuk membentuk SINERGI kekuatan yang luar biasa....

"kita adalah pendakwah, bukannya penghukum"

Ceritakanlah Islam itu dengan penuh CINTA dengan mengharapkan agar berita baru yang cuba kita sampaikan itu tidak menjadikan orang yang mendengarnya terasa asing dengan perkhabaran kita,, sebaliknya berasa suka dan terpaut hatinya pada kalimah-kalimah indah yang cuba kita sampaikan...

Walaubagaimanapun terdahulu perlu kita yakin bahawa ISLAM adalah FITRAH manusia,, walau sejahat mana sekalipun manusia itu,, pasti dilubuk hatinya tetap tersimpan nur hidayah yang mampu membawanya kembali kejalan yang yang diREDHAi Allah ini,,, insyallah...
dan tugas kita adalah cuba menjadi orang tengah yang akan mendayungi mereka semula ke muara...

dan sekiranya bahasa CINTA kita itu dibalas dengan bahasa BENCI dan MAKIan,, usah sedih usah kecewa,, sesungguhnya Allah itu bersama kita....

"indah kata-kata orang yang bercinta itu,,, tetapi pasti LEBIH indah kata-katanya disaat dia bercinta dengan tuhannya"(kalam ahli puisi zagzig- encik MAzuAn....)

Akhir kata,,, cintailah MAD'u anda,,, nescaya anda akan diCINTAinya.... selamat mencuba...

...melayari dakwah melalui terbiyyah...
Khamis, 21 April 2011 1 comments By: Abdul Hadi

MAHASISWA peminta sedekah

kadang2 aku pon rasa pelik bila tengok kawan2 aku kat sini, tahu masalah pelajar2 kat sini, tahu belajar medic tu susah, tahu kawan2 depa serabut sebab keja banyak, tahu bila balik msia nnti x boleh mandom, kena la proaktif sikit, sebab semua benda sekarang nak orang yang terBAEK saja, tahu apa masalah diri masing2,

tapi,

dok malas macam tu la jugak, minta tolong sikit x leh, tengok kawan busy gila boleh dok layan MAHARAJA LAWAK lagi, kesian kat kawan yang sibuk buat KERJA tuk depa tapi x penah terpikir pon nak tolong( dok reja kesian ja la...), DLL...

sampai bila kita nak jadi macam ni, kita ni kena la sedar sikit, sekarang ni...
aku SEORANG MAHASISWA,
aku adalah bakal pelapis PIMPINAN NEGARA,
bakal jadi ICON kepada ISLAM,
akulah orang yang akan ubah hidup umat ISLAM kat msia
DLL....

semua orang nak benda yang terbaek dalam hidup masing2, tapi semua orang x mau bagi sesuatu untuk tengok orang lain, kawan2 dia juga dapat apa yang terbaek tuk diri depa, busy sangat ka kita ni sampai orang mintak tolong sikit pon dah nak berkira...

bila dekat exam semua masuk dalam gua masing2, buat hal masing2, dah x cakna dah apa yang jadi kat luar, pakat2 semua fikir macammana aku nak dapat mumtaz, macammana aku nak dapat mumtaz,,

tup2... result kuar x dapat2 mumtaz jugak....

nak tau x kenapa tuhan x bagi kat kita semua mumtaz,
sebab kita ni selfish,
xpenah nak doa bagila KAMI semua mumtaz,
masing2 nak dapat cemerlang sendiri,
nampak kawan malas belajar x tegur,
tengok kawan x pegi klas biar,

langung x rasa sensitiviti kat kawan dia sendiri....

bila result dah klua, dengki bila tengok member boleh dapat lebih dari kita....haaaa

ni la penyakit kita semua...mmg susah la tuhan nak bagi 100% mumtaz kat kita semua selagi kita x ubah perangai pelik kita ni...

satu lagi, hampa semua ni x tengok ka exco2 tu buat keja, letih lesu buat kerja kat hampa semua, tapi bila depa nak mintak tolong kat hampa sikit macam2 alasan hampa bagi,,, last2 semua kerja2 tuk unit dia, dia kena buat sendiri...

pastu pandai pulak time nak mesyuarat agung nanti bangkitkan isu,
"sayer nak tanyer la kepada exco2 ni semua, kenaper yer kebanyakan adhoc2 program kamu dari kalangan orang yang sama?"

mai sini aku nak bagi jawapan kat hang yang pelik ni.... jawapan saya adalah sebab HANG MALAS... SELFISH,,, x nampak kesalahan sendiri,,, semua benda nak tuding kat batang hidung orang lain... tapi nak semua benda perfect, dalam keadaan kita langsung x menyumbang pada kePERFECTan kerja tersebut....

tolongla bangun MAHASISWA-MAHASISWA bumi MESIR ni... jangan dok kena ulit ngn mimpi ngeri hampa tu lagi... jadilah orang yang PROAKTIF dan mampu berfikir sebab kita semua adalah AJEN PERUBAH yang akan mengubah pandangan masyarakat pada ISLAM....

RASAKAN NIKMAT HIDUP PADA MEMBERI

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Selasa, 11 Januari 2011 0 comments By: Abdul Hadi

CegaH uBAt

الوقاية خير من العلاج
"mencegah lebih baik dari mengubati"

Apa beza antara cegah dan ubat...

cegah ni dilakukan sebelum sesuatu perkara atau penyakit atau masalah itu menghidap ataupun dalam bahasa medik yang kita selalu menghadap kat buku tu dinamakan PROPHYLAXIS....

ubat pulak diberikan setelah sesuatu perkara atau penyakit atau masalah itu menghidap ataupun dalam bahasa medik yang kita selalu menghadap kat buku tu dinamakan DRUGS atau medicine.....

jadi perbezaan yang ketara disini adalah bagaimana kita mahu MENGATASI sesuatu masalah itu baik dari segi kita halang masalah itu sebelum masalah itu terjadi (cegah) atau kita MENGATASI sesuatu masalah itu selepas kita BERTEMU dengan masalah tersebut(ubat)...

Dalam Islam, kita diajar supaya menutup seberapa banyak pintu-pintu yang boleh membawa kepada maksiat, fitnah dan segala-gala perkara yang tidak baik ini adalah kerana BERFIKIR untuk kaedah menCEGAH itu adalah 1000 kali ganda lebih mudah berbanding BERFIKIR untuk kaedah mengUBATi sesuatu masalah tersebut...

Atas dasar inilah kita selaku umat Islam yang beriman perlu mempertimbangkan seberapa berat yang mungkin tentang setiap aspek yang ingin kita lakukan sebab umat Islam diajar bahawa kehidupan ini bukan hanya semata-mata didunia, tetapi kita semua akan diHITUNG dihadapan kerajaan yang maha AGUNG, iaitulah kerajaan ALLAH...

Dari perkara-perkara yang kita rasakan remeh sehinggalah perkara-perkara yang sebesar Gunung SINAI dan yang lebih dari itupun akan Allah persoalkan andai kita tidak memandang soal HALAL HARAM, BAIK BURUK, dan item-item lain yang sama waktu dengannya....

Kebanyakan dari kita lebih cenderung untuk melihat kebaikan yang ada pada sesuatu benda, tetapi dalam masa yang sama kurang berfikir tentang KESAN BURUK yang akan melanda daripada perkara yang kita akan lakukan tersebut...

Jadi apabila umat Muhammad itu sudah lari daripada apa yang diajar oleh baginda, maka fitnah dan pelbagai perkara-perkara negatif lain akan timbul dan menjadi semakin sukar untuk dikawal...

Orang yang mahu memulakan MASALAH itu tidak akan susut tetapi semakin hari orang yang sanggup menggunakan akal fikirannya untuk menyelesaikan MASALAH semakin berkurangan...

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama mulai dari hari ini akan cuba sedaya upaya untuk menCEGAH segala masalah yang timbul kerana perlu kita sedar bahawa usaha menCEGAH itu sebenarnya adalah berkali ganda mudahnya daripada usaha untuk menUBATi sesuatu penyakit...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Selasa, 16 Ogos 2011

Rabu, 3 Ogos 2011

Pertama Ramadhan

semoga kita semua mengetahui hakikat sebenar kita diberi peluang menjengah RAMADHAN...

Insyallah, inilah Ramadhan yang kita tunggu-tunggu untuk menjadi hamba Allah yang sebaik-baik HAMBA....Ya Allah, bantulah kami semua...Amin...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Selasa, 21 Jun 2011

Sabtu, 11 Jun 2011

Khamis, 21 April 2011

MAHASISWA peminta sedekah

kadang2 aku pon rasa pelik bila tengok kawan2 aku kat sini, tahu masalah pelajar2 kat sini, tahu belajar medic tu susah, tahu kawan2 depa serabut sebab keja banyak, tahu bila balik msia nnti x boleh mandom, kena la proaktif sikit, sebab semua benda sekarang nak orang yang terBAEK saja, tahu apa masalah diri masing2,

tapi,

dok malas macam tu la jugak, minta tolong sikit x leh, tengok kawan busy gila boleh dok layan MAHARAJA LAWAK lagi, kesian kat kawan yang sibuk buat KERJA tuk depa tapi x penah terpikir pon nak tolong( dok reja kesian ja la...), DLL...

sampai bila kita nak jadi macam ni, kita ni kena la sedar sikit, sekarang ni...
aku SEORANG MAHASISWA,
aku adalah bakal pelapis PIMPINAN NEGARA,
bakal jadi ICON kepada ISLAM,
akulah orang yang akan ubah hidup umat ISLAM kat msia
DLL....

semua orang nak benda yang terbaek dalam hidup masing2, tapi semua orang x mau bagi sesuatu untuk tengok orang lain, kawan2 dia juga dapat apa yang terbaek tuk diri depa, busy sangat ka kita ni sampai orang mintak tolong sikit pon dah nak berkira...

bila dekat exam semua masuk dalam gua masing2, buat hal masing2, dah x cakna dah apa yang jadi kat luar, pakat2 semua fikir macammana aku nak dapat mumtaz, macammana aku nak dapat mumtaz,,

tup2... result kuar x dapat2 mumtaz jugak....

nak tau x kenapa tuhan x bagi kat kita semua mumtaz,
sebab kita ni selfish,
xpenah nak doa bagila KAMI semua mumtaz,
masing2 nak dapat cemerlang sendiri,
nampak kawan malas belajar x tegur,
tengok kawan x pegi klas biar,

langung x rasa sensitiviti kat kawan dia sendiri....

bila result dah klua, dengki bila tengok member boleh dapat lebih dari kita....haaaa

ni la penyakit kita semua...mmg susah la tuhan nak bagi 100% mumtaz kat kita semua selagi kita x ubah perangai pelik kita ni...

satu lagi, hampa semua ni x tengok ka exco2 tu buat keja, letih lesu buat kerja kat hampa semua, tapi bila depa nak mintak tolong kat hampa sikit macam2 alasan hampa bagi,,, last2 semua kerja2 tuk unit dia, dia kena buat sendiri...

pastu pandai pulak time nak mesyuarat agung nanti bangkitkan isu,
"sayer nak tanyer la kepada exco2 ni semua, kenaper yer kebanyakan adhoc2 program kamu dari kalangan orang yang sama?"

mai sini aku nak bagi jawapan kat hang yang pelik ni.... jawapan saya adalah sebab HANG MALAS... SELFISH,,, x nampak kesalahan sendiri,,, semua benda nak tuding kat batang hidung orang lain... tapi nak semua benda perfect, dalam keadaan kita langsung x menyumbang pada kePERFECTan kerja tersebut....

tolongla bangun MAHASISWA-MAHASISWA bumi MESIR ni... jangan dok kena ulit ngn mimpi ngeri hampa tu lagi... jadilah orang yang PROAKTIF dan mampu berfikir sebab kita semua adalah AJEN PERUBAH yang akan mengubah pandangan masyarakat pada ISLAM....

RASAKAN NIKMAT HIDUP PADA MEMBERI

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...

Selasa, 11 Januari 2011