Jumaat, 27 Februari 2009 2 comments By: Abdul Hadi

COUPLE...

Apeksi pencetus idea...ustaz paih n parrot

Manusia memang tidak dapat lari dari diterjah perasaan cinta.
Manusia juga mudah berasa gembira apabila mendapat cinta duniawi
Manusia mudah lupa kepada tuhannya bila diselubungi perasaan cinta kepada dunia

Manusia menjadi angkuh seandainya memperoleh cinta yang enak dan indah

Tetapi manusia itu lupa yang cinta yang hakiki adalah cintakan ilahi,, godaan duniawi sememangnya mampu untuk mengganggu gugat keimanan yang kita pelihara ini,, apalah sangat tahap ketinggian iman kita andai nak dibandingkan dengan iman para rasul dan auliya'

Kejatuhan moral remaja zaman kini antara lainnya tidak dapat lari dari masalah COUPLE-mengCOUPLE ini,, menjadi satu budaya masyarakat kita barangsiapa yang tidak mempunyai CEWE atau GEWE atau BALOK adalah tergolong dari kalangan manusia2 yang TAK LAKU,, benarkah tanggapan sebegini???

Sedar atau tidak budaya tercela ini semakin menjadi-jadi sehinggakan kanak2 di tadika pun sekarang dah pandai berCOUPLE,, siapa yang menjadi perintis kepada tabiat ini?? siapa yang menjadi role model yang tidak baik ini kepada kanak2??tiada orang lain yang boleh kita salahkan andai diri sendiri juga masih bergelumang dengan maksiat tersembunyi dan penuh helah ini..

Masalah so SIAL(sosial) yang semakin menular ini pun makin hari makin menjadi,, langsung tiada hamba Allah yang berani menegur kerana takut satu hari nanti dia juga akan terjebak kedalam virus pemusnah akhlak yang tiada penawar ini,, apalah sangat sebenarnya yang kita dapat lakukan dengan teman atau kekasih kita??

nak bual2 kosong-DOSA
nak mesej benda2 x manfaat-DOSA
nak bermain-main mata-DOSA
nak berpegangan-LAGI DOSA
tapi... tengok keliling kita,, manusia2 bercouple masih bebas melakukan apa yang mereka berkehendakkan dari teman masing2..

cintakan sahabat-sahabat kerana Allah

Dosa2 kita yang sering dilakukan(semayang lambat waktu, usha awek, sembang benda2 lagha) pun kita dah x tertanggung,, ini pula, kita nak tambah lagi dosa kita dengan masalah2 ikhtilat yang mempunyai jalan yang mudah menuju kearah dosa2 yang besar=ZINA

Suka berkawan berlainan jantina pun termasuk dalam salah satu daripada cabang ikhtilat,, soal pelajaran bukanlah alasan yang kukuh untuk kita menolak persepsi umum yang menolak pergaulan bebas antara ikhwah dan akhawat,, kenapa??? sukar benarkah untuk kita mencari seorang sahabat yang betul2 memahami kita, dapat berkongsi masalah dengan kita, dapat menenangkan kita diwaktu susah daripada golongan manusia yang sama jantina dengan kita.......

"mencegah lebih baik dari mengubati"
Disaat kita terdedah dengan pelbagai mehna dan ujian dunia ini,, seeloknya dan sewajibnyalah bagi kita untuk cuba menutup pintu2 maksiat ini,, jangan biarkan diri kita terjemur dan tersidai dihadapan pintu ini,, takut2 kita akan lebih cenderung untuk meninjau perkara2 yang ada didalam pintu yang terbuka tadi daripada kembali melangkah meninggalkan pintu tersebut,,

Janganlah kita ini menyebabkan orang lain juga menjadi suka untuk memilih bidang couple sebagai salah satu IBADAH yang boleh diamalkan untuk mengisi masa lapang kerana suatu amalan dosa yang kita lakukan itu jika diikuti oleh orang lain maka dosa itu akan terus-terusan memberi saham kepada kita selagi mana dosa itu tidak berhenti...

Kesimpulannya,, cinta adalah fitrah semulajadi manusia,, tapi cinta yang suci itu lahirnya dari hati yang benar2 ikhlas dan bersungguh2,, bagaimana kita hendak melahirkan cinta yang tulus andai diri kita ini penuh dengan arang2 kehitaman yang mewarnai hati kita sendiri,,bagaimana juga kita mahu menghasilkan satu bentuk percintaan sesama makhluk yang bersih dan indah jika kita sendiri masih tidak mampu untuk mengikat cinta sejati kita dengan pencipta sekelian makhluk,, jadi buat renungan kita bersama,, marilah kita menghayati lirik lagu ini,, agar segala tindakan dan amalan yang kita lakukan selepas ini berterusan mendapat rahmat dan redha dari Allah,,,aminnn.....

hidayah kelipan cinta2 ku
harum rembulan mawar
dingin dihakis cinta keseorangan

aku masih menghitung diri

kesiangan yang panjang

ingin mengisi hati

padamu kasih
satukan aku
dengan rahmatmu

dgn kalimah
malam siangku

berliku2

duri dugaan

sinar dan cinta

biar dijembala mentari

dan dibahu gunung berapi

pasrah ku abadi untukmu,, untukmu...

ku kembara setia sisinya

ku inginkan bahagia abadi

ku impikan sentosa naungannya
selamanya.....
(
rabbani-kerlipan cinta)

penat lelah bersama teman-teman

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Jumaat, 20 Februari 2009 0 comments By: Abdul Hadi

tazkirah penguat rohani...

disewa tanpa bayar dari http://ilmuwanshattirs.blogspot.com/

Kepada Pejuang Agama Allah~!

katanya kau seorang pejuang,

tapi ikhtilat mu tidak dijaga?

katanya kau seorang pejuang,

tapi kau masih assobiyyah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension?

katanya kau seorang pejuang,

cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA?

katanya kau seorang pejuang,

kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari?

katanya kau seorang pejuang,

kau xpun berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan muzik-muzik yang lagha?

katanya kau seorang pejuang,

tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad?

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih bela jemaah berbanding islam?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya?

katanya kau seorang pejuang,

mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan?

katanya kau seorang pejuang,

ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat?

katanya kau seorang pejuang,

kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya?

katanya kau seorang pejuang,

berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang,

kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir?

katanya kau seorang pejuang,

hidupmu masih senang lenang dan mewah?

katanya kau seorang pejuang,

kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk?

katanya kau seorang pejuang,

kau jarang sekali menangis untuk bertaubat?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu?

katanya kau seorang pejuang,

kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat?

moga2 kita dapat mengambil sekelumat iktibar dari tazkirah ini...takbirrr

salam muhasabah,,,,

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Isnin, 16 Februari 2009 0 comments By: Abdul Hadi

3TA...

Manusia itu menjadi ISTIMEWA apabila dibandingkan dengan makhluk2 Allah yang yang lain adalah bilamana dia dapat meletakkan akalnya melebihi kemahuan nafsu ketika dia melakukan sesuatu perkara. Jadi tidak hairanlah andai kita kerap kali mendengar perbandingan bahawa sesetengah manusia itu lebih teruk dari binatang dan seandainya kita juga tidak mampu untuk mengawal hawa nafsu kita dengan baik maka kita juga tergolong dalam golongan tersebut. Akal yang Allah kurniakan kepada kita langsung tidak kita gunakan untuk memacu kita kearah menghindari perbuatan2 maksiat, tetapi kita lebih gemar untuk menjadikan akal fikiran kita yang bijaksana ini untuk memikirkan strategi2 jahat yang ingin kita lakukan untuk mencapai sesuatu tujuan yang hanya duniawi semata-mata. Ini secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa kita telah menkhianati salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.

Cabaran, dugaan, tribulasi merupakan suatu perkara yang biasa ketika kita mengakui bahawasanya diri kita beriman, tetapi sejauh manakah kita dapat memperKUDAkan hawa nafsu kita disamping sedaya upaya cuba mengatasi cabaran tersebut. Pelbagai jenis mehna ataupun halangan yang boleh kita perkatakan mampu untuk menggugat keimanan yang kita pelihara, tetapi antara cabaran yang paling besar dan sinonim untuk kita hadapi pasti salah satunya tergolong didalam lingkungan 3TA.

3TA adalah... = WANITA
TAKHTA
HARTA

Seperti yang kita sedia maklum, harta adalah sebahagian dari diri kita dalam meneruskan survival diatas dunia ini. Tapi jika kita selidiki maksud tersirat yang ada pada frasa ini "everything need money, but money is not everything", pasti disana terdapat sedikit input positif yang boleh kita jadikan sebagai salah satu daripada benteng untuk kita dalam menghadapi bahana FULUS yang jika kita sedikit cuai atau terleka, kita akan sama tergolong didalam golongan ahli neraka.nauzubillah. Ingatkah kita kepada kisah bagaimana Qarun dimusnahkan oleh Allah disebabkan keegoan yang timbul dalam dirinya kerana menyatakan bahawa kekayaan yang ada pada dirinya adalah disebabkan oleh hasil usahanya sendiri sambil menafikan harta tersebut adalah anugerah dari Allah. Kemudian, lihatlah juga kemusnahan yang telah Allah turunkan kepada manusia2 yang terlalu asyik dalam mengejar harta benda kekayaan. Adakah kita langsung tidak mengambil secebis pengiktibaran dari kisah-kisah tersebut. Para alim ulamak di Malaysia gemar mengingatkan kita dalam kuliah2 mereka "al fulusu fid dunnia wal MAMPOS fil akhirat", sepatutnya cukup untuk menggambarkan betapa bahayanya harta benda kepada umat Islam melainkan harta benda tersebut diuruskan secara islamik bukannya secara fasik. Lihat saja di Malaysia, ramai hartawan dan bangsawan yang gugur di medan IMAN akibat terlalu asyik dibuai perasaan cintakan harta benda dan keduniaan.

Pangkat ataupun takhta juga adalah salah satu daripada cabaran yang boleh kita klasifikasikan mampu untuk menghancurkan iman kita yang hanya senipis rambut ini. Kini kekuasaan menjadi bahan buruan hampir setiap manusia di seluruh dunia kerana mungkin kekuasaan yang mereka miliki diatas bumi ini mampu untuk menutup segala jenis kesalahan dan kesilapan yang mereka telah lakukan. Selain itu, budaya bodek membodek menjadi satu sifat yang biasa dikalangan umat Islam hanya untuk mendapatkan secebis kuasa atau pengaruh yang membolehkan kita TERASA hebat bila dipandang oleh masyarakat sekeliling. Sifat inilah yang wujud didalam jiwa manusia2 yang kotor kerana beranggapan bahawa suatu taklifan itu adalah suatu tashrifan(kemuliaan), walaupun pada hakikatnya suatu taklifan ataupun tanggungjawab itu sebenarnya adalah suatu amanah yang berat yang akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak. Sebahagian dari manusia itu juga sanggup fitnah memfitnah antara satu sama lain, saling berbunuhan, jampi-menjampi semata-mata untuk mencari satu TITLE yang mungkin hanya dipandang mulia dimata manusia yang lain tetapi hina dipandangan Allah sekiranya manusia itu gagal untuk menyempurnakan tanggungjawab yang telah dipikulkan keatas bahunya. Ingatlah kita pada suatu hadis nabi yang berbunyi "setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan dipersoalkan atas apa yang telah kamu pimpin".

oh wanita kembali menginsafi
kepada asal fitrah kejadianmu
diciptakan untuk dihormati
sentiasa diredhai tuhan pencipta
kembali kepadanya, juga pada rasulnya
pasti dihadirkan taufiq dan hidayahnya...WANITA...

..CIRI-CIRI PEMAKAI WANITA SOLEHAH MENGIKUT SYARAK..

Dalam mengharungi cabaran fitnah yang melanda dunia Islam kini, wanita merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar kepada gejala maksiat. Jika kita lihat pada teks nasyid nyanyian kumpulan hijjaz diatas, bolehlah kita katakan wanita seWAJIBnya menjaga kehormatan diri sebaik mungkin kerana maruah seorang wanita itu merupakan suatu mahar yang paling berharga kepada mereka, tetapi realiti kehidupan masa kini, akibat terlalu mengejar cita2 dunia, wanita secara tidak sedar sebenarnya telah mengundang pelbagai maksiat dengan mencampakkan diri mereka sendiri kelembah kehinaan. Ungkapan " saya ni seksi taramana pon, x penah lagi kena kacau dengan sapa2", sepatutnya tidak terpacul keluar dari mulut seorang individu yang bergelar muslimah kerana kemungkinan akibat daripada pemakaiannya yang gemar mendedahkan aurat, muslimah2 yang lain yang lengkap berpakaian tutup turut sama menjadi buruan lelaki2 yang bertopengkan manusia yang pada hakikatnya adalah binatang. Berkemungkinan akibat tidak dapat mengawal nafsu amarah yang ada dalam diri, seorang lelaki itu sanggup menTARGET wanita lain dek kerana terlalu ghairah melihat wanita2 yang berpakaian seksi. Ini secara tidak langsung mengakibatkan indeks kadar jenayah rogol di negara kita meningkat sehinggakan lebih teruk lagi ada terdapat kanak2 perempuan dibawah umur juga turut menjadi mangsa.

Justeru, secara keseluruhannya, segala CABARAN yang telah diperkatakan ini sebenarnya telah lama ditempuhi oleh baginda rasullah ketika baginda mula2 bergerak untuk menyebarkan dakwah. Baginda ditawarkan harta kekayaan, kuasa dan pangkat, dan wanita2 yang paling cantik pada zaman tersebut, tetapi baginda rasullah telah menolak segala tawaran tersebut demi untuk terus menjalankan tanggungjawab baginda selaku nabi dan rasul dalam menyinari setiap ceruk dunia ini dengan sinaran Islam. Moga2 dengan segala tunjuk ajar yang telah baginda curahkan kepada kita dapat memberikan serba sedikit tips untuk kita meneruskan kehidupan sebagai umat Islam dan dalam masa yang sama meneruskan cita2 perjuangan baginda. Sebagai peringatan, janganlah kita sesekali terpedaya dengan godaan2 syaitan yang sememangnya akan cuba sedaya upaya untuk menyesatkan umat manusia dari kebenaran yang nyata.

...istikomah khairun min alfun karomah....

..melayari dakwah melalui tarbiyyah..
Ahad, 1 Februari 2009 0 comments By: Abdul Hadi

JELOUS....perlu ka???

semakin lama..Islam semakin jauh ketinggalan..bukan kerana kebatilan yang ada pada Islam(sebab Islam memang agama yang sempurna) tetapi disebaban sikap atau tingkahlaku seorang individu yang bergelar muslim atau muslimah itu sendiri..jadi kitalah yang sebenarnya menyebabkan Islam itu selalu di pandang enteng dikalangan penganut agama lain terutamanya golongan yang ingin menjatuhkan Islam,,

sememangnya suatu perkara yang agak mustahil jika dalam kehidupan ini langsung tidak pernah se KALI pun timbul perasaan mencari keSEMPURNAan,,kita sememangnya cuba sedaya upaya untuk mencapai tahap perfect dalam setiap perkara yang kita lakukan,,tiada sesiapapun yang pernah menginginkan kegagalan dalam kehidupan,,dan disaat kita cuba untuk menggapai kejayaan, saudara-saudara kita yang lain juga sama seperti kita,,dan masalah kita ni adalah kita payah atau sukar untuk menerima kejayaaan orang lain,,dalam perkataan lain JELES.. seolah-olah dalam kehidupan pada zaman kita ini,,biarlah kita seorang sahaja yang berjaya dalam segenap bidang...MUSTAHIL memang MUSTAHIL

bukankah sejarah hitam manusia pun bermula dek kerana perasaan hasad @ dengki @ jeles ni yang dirakamkan seawal kejadian manusia didalam Al-Quran,,cerita syaitan dengan nabi Adam tu dah satu...tambah lagi kisah pertelingkahan antara dua orang putera nabi Adam A.S..semua umat Islam pasti tahu tentang sejarah berkaitan dengan qabil dan habil yang berakhir dengan kematian,,,ditambah lagi dengan serangan demi serangan yang dilakukan oleh rejim ZIONIS keatas umat Islam di Palestin,,bukan semua ini mempunyai kaitan dengan sifat HASAD ini,,tapi manusia itu memang mudah lupa terutamanya umat Islam...sekalipun kita tahu keburukan sikap JELES ini,,tetapi keadaan yang sama seperti menjatuhkan orang lain masih lagi berulang...

SANTAU, RASUK, PUKAU sememangnya sinonim dalam masyarat kita pada hari ini terutamanya MELAYU MUSLIM,,jika kita kaji etiology(sebab) kepada gejala-gejala khurafat ini,,diagnosis nya yang paling tepat pastinya adalah cemburu,,dan komplikasi kepada kejadian-kejadian ini adalah berlakunya pergaduhan dalam sesebuah masyarakat Islam itu yang membawa kepada FITNAH BERSELERAKAN, PERPECAHAN, HILANG KEPERCAYAAN dan perkara-perkara lain yang rasa-rasanya kita sudah sekian maklum..

jadi sampai bilakah umat Islam akan berhenti menjatuhkan saudara-saudaranya sendiri??

bilakah agama Islam akan kembali menyinari segenap ceruk dunia ini??

berusahalah wahai saudara-saudara seagamaku sekelian,,belajarlah mengambil iktibar dari kejayaan orang lain,,bukannya menanam dan menyemai hasad atau dengki,,terutamanya kepada sesama umat Islam itu sendiri,,Janganlah kita sekali-kali TERniat untuk menjahanamkan usaha orang lain yang cuba sedaya upaya mencari kesempurnaan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan,,sebaliknya jadikanlah usaha saudara-saudara kita itu sebagai batu loncatan untuk kita sama-sama melakukan perubahan dalam gerak kerja kita seharian...

bayangkan jika umat Islam yang berjumlah jutaan itu saling bantu membantu untuk mencari kesempurnaan dalam pekerjaan seharian,,congakkan sahaja berapa hari sangatlah yang diperlukan untuk Islam kembali menguasai dunia,,
menguasai bidang ekonomi,menguasai bidang politik, menguasai bidang teknologi, menguasai bidang ilmu, seterusnya menguasai dunia melalui penguasaan kita dalam semua bidang,, inilah sahaja cara yang ada untuk kita menyumbang dalam menyebarkan Islam diserata dunia seterusnya menjalankan dakwah secara INDIRECT kepada sekelian manusia....

DEMI ISLAM ,,marilah kita sama-sama mulai hari ini menyepak sifat jeles ini..semoga usaha yang kita dan saudara-saudara kita lakukan dengan ikhlas ini diberkati dan dirahmati oleh Allah...

"dan bertolong-tolong lah kamu kepada perkara-perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolongan kepada perkara-perkara dosa dan permusuhan"

melayari dakwah melalui tarbiyyah

Jumaat, 27 Februari 2009

Jumaat, 20 Februari 2009

Isnin, 16 Februari 2009

Ahad, 1 Februari 2009