Ahad, 31 Mei 2009 0 comments By: Abdul Hadi

para SITO logy

MUKA PARASIT YANG GANAS

exam fever belum lagi menyusut.. baru ja abih 1 madah- pharma
lani kena serang angau PARAsitoLOGY pulak..
tapi apapun posting ni cuma nak kongsi sikit2 ilmu aku yang sentiasa sikit ni ngn orang lain,, moga2 dpt bagi manfaat kepada kita semua,, insyallah...

Dalam perhubungan hidup ini,, ada beberapa jenis relation yang boleh kita simpulkan,,

1- COMMENSALISM
2- MUTUALISME
3- SIMBIOSIS
4- parasit

pertama sekali,, COMMENSALISM bermakna perhubungan yang mana salah satu daripada anggotanya mendapat ganjaran ataupon faedah hasil daripada perhubungan tersebut,, manakala satu lagi tidak mendapat apa2 daripada jalinan itu tetapi dalam masa yang sama juga tidak beroleh apa2 bala ataupun kerugian,,
jadi berdasarkan kepada huraian diatas,, perhubungan ini agak bersifat selfish kerana sikap mahu maju kehadapan ketika melakukan sesuatu perkara,, tetapi dalam masa yang sama tidak mengajak manusia2 disekelilingnya untuk turut serta bersamanya menggapai kejayaan yang lebih cemerlang,, tetapi sebenarnya ianya bukanlah menjadi perkara yang tidak baik selagimana setiap pekerjaan yang kita lakukan itu masih tidak memudaratkan manusia lain....

PARASIT PUN COUPLE-yang gemuk 2 laki/ kurus 2 betino

kedua MUTUALISME,, ini adalah salah satu perhubungan yang terbaik kerana melalui perhubungan ini,, kedua2 pasangan mendapat faedah ataupun kebaikan,, inilah sebenarnya jenis perhubungan yang dituntut dalam Islam kerana ianya dapat merubah kehidupan segenap hidup masyarakat Islam jika kita mampu mempraktikkannya,, cumanya, kadangkala umat Islam terutamanya kita yang berbangsa melayu agak susah berfikiran begini mungkin kerana sifat COMMENSALISM terlebih dahulu mengisi benak fikiran kita sebelum melakukan sesuatu pekerjaan..
contoh terbaik kaum yang mengamalkan budaya ini adalah kaum cina,, jadi tidak hairanlah jika mereka adalah kaum yang memegang pelbagai TITLE2 penting diMalaysia...

ketiga ialah SIMBIOSIS,, iaitu satu bentuk perhubungan yang saling melengkapi antara satu sama lain,, dan takkan dapat hidup andai hidup secara bersendirian( x tau nak komen camna)

PARASITISM adalah bentuk perhubungan yang paling buruk,, ianya bukan sahaja memikirkan keuntungan peribadi,, tetapi dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk merosakkan hidup orang lain,, dan kehidupan parasit adalah perkara makruf dikalangan masyarakat kita,, iaitu manusia2 yang pantang melihat orang lebih daripada dirinya,, pasti akan ada rancangan2 HITAM yang akan dilakukannya untuk menjatuhkan semula orang tersebut...
(setel bab perhubungan)

TELUR PARASIT

bab kedua pula adalah berkisarkan pengharaman BABI dan ANJING,,
BENAR SUNGGUH ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI AKAN SETIAP CIPTAANNYA

jika kita belajar akan subjek parasitologi ini,, kita akan mengetahui akan pelbagai hikmah pengharaman BABI dan ANJING dalam kehidupan seharian kita,,
untuk pengetahuan umum,, BABI dan ANJING adalah binatang2 yang paling banyak tersenarai dalam golongan pembawa kepada parasit2 ini...
Ini bermaksud lebih kurang tempat persingahan sementara parasit2 yang ada dalam dunia ini sebelum ia menjangkiti manusia,, pada binatang2 inilah parasit2 ini membiak dan membesar menjadi organisma yang berbahaya kepada manusia,, jadi hikmah pengharaman umat Islam kepada anjing dan babi sepatutnya cukup terjawab dengan penemuan2 sains sebegini,, kiranya tidak sepatutnya lagi muncul perasaan was2 dalam diri kita akan hukum yang Allah telah tetapkan kapada kita semua...

senarai nama parasit yang menjadikan BABI sebagai pembawa:
a- taenia solium- cysticercous cellulosae
b- shistosoma japonicum
c- trichinella spiralis
d- tricuris suis

senarai nama parasit yang menjadikan ANJING sebagai pembawa:
a- diplydium caninum
b- echinocussus granulossus
c- E. multicularis
d- multiceps multiceps
e- dranculus medinesis
f- ancylostoma caninum
g- strongyloides sterocoralis
h- heterophyes heterophyes

LIFE CYCLE TAENIA SOLEUM-ada babi siot

jadi jelaslah kepada kita bahawa Islam ini adalah agama yang syumul melingkupi segala kehidupan diatas dunia ini,, jadi bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah dengan sebenar2nya agar kita terselamat daripada tergolong dalam kelompok orang yang rugi kelak di hari akhirat....
PARASIT YANG KECIK CAM NI PUN ADA RAMBUT,, siap belah tengah lagi
(Allah maha kuasa)

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Khamis, 14 Mei 2009 0 comments By: Abdul Hadi

lagu pilihan MAUQIF TONTO...

CINTA TERAGUNG-MESTICA

Curah air ke tebing tinggi
Tumbuh pohon indah berseri
Dahannya teguh berdaun hijau
Akar kukuh di tanah subur
Tersusun rapi tiada bertingkah
Rumpun alam seiring bersama
Itu petandan ada pencipta
Singkap tauhid pada manusia
Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti
jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
La ilaha illa Allah
Ya Allah

Kau yang berhak disembah
Pemerintah alam
Tempat mengadu segalanya
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya'Azim

Padamu insan menyerah
Mohon rahmat kasihMu

Ya Rahman
Kaulah yang Maha Kuasa
Pencipta dunia yang tesergam indah
Bukti adaMu wujudlah semesta
Geraknya tersusun tiada tercela
PadaMu cinta teragung
Kaulah zat yang Esa
Tiada seperti makhluk ciptaan
Pada gambaran pasti bukan Dia

WALAUPUN AKU X SUKA KUMPULAN JIWANG2 CAMNI,, TAPI LAGU NI MMG BES...
selamat menghayati bait2 lagu ini,, nak lagi feeling dengar trus kat imeem...

...melayari dakwah melalui tarbiyyah...
Rabu, 13 Mei 2009 1 comments By: Abdul Hadi

confident

CONTOH ORANG X YAKIN KAT DIRI SENDIRI...HAHAHA(PDN MUKA HG)

manusia ada beberapa jenis:

a) yakin pada diri
b) x yakin pada diri sendiri tapi yakin pada orang lain
c) terlalu yakin pada diri sendiri dan x yakin langsung pada orang lain(ego)

manusia pada kategori (a) sangat mudah ditemui,, mereka ini mudah bekerja secara solo kerana sebarang pekerjaan yang ingin dilaksanakan boleh dilakukan secara sendirian,, jadi tidak hairanlah kiranya ada dikalangan mereka ini lebih gemar hidup bersendirian dan kurang bercampur ataupun bermasyarakat dengan kelompok sekeliling,,
bagus sebenarnya mempunyai keyakinan diri kerana keyakinan diri membolehkan kita berdikari dalam menempuh kehidupan kita seharian,, kita tidak perlu menunggu orang ke-2 dalam menyelesaikan sesuatu urusan,, kita tidak perlu menyusahkan orang lain tatkala menyelesaikan masalah dan kita juga mampu membuat sesuatu keputusan dan sanggup menanggung risiko akan natijah buruk yang hadir dari keputusan tersebut....

individu pada kategori (b) pula sebenarnya adalah golongan sebenar yang bermasalah dalam hal ini,, terlalu mengharap bantuan dari orang lain atau istilah yang lebih sinonim nya- MANJA,, mereka ini hanya memikirkan kegagalan apabila melakukan sesuatu perkara,, tidak optimis langsung dengan sebarang gerak kerja yang dilakukan,, jadi sebarang urusan yang ingin dilakukan menemui jalan buntu jika tidak berjaya memperoleh bantuan dari kawan2,, x salah meminta pertolongan tapi biarlah berpada,, janganlah sampai mahu ke tandas pun mahu berteman(kiasan),, seolah2 memperlihatkan kita seperti insan yang pengecut dan tidak mampu mengharungi sebarang dugaan...

WIRdanny G TANDAS PON SENDIRI KAN HEHEHE...

individu pada kategori (c) ialah ego,, jadi pikirla sendiri camna orang ego ni berpikir,, hahahaha(akula tue..)

keyakinan adalah suatu elemen penting dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar apatah lagi selaku seorang HAMBA Allah,,
Rukun Iman mengajar kita sebenarnya untuk membentuk keyakinan yang utuh kepada Allah selaku tuhan kepada sekelian makhluknya,,

PERCAYA KEPADA ALLAH
PERCAYA KEPADA MALAIKAT
PERCAYA KEPADA KITAB
PERCAYA KEPADA RASUL
PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT
PERCAYA KEPADA QADA' dan QADAR

ANTARA CONFIDENT AND OVER KONPIDEN- sapa mb anda....

kalaulah kita pergi ke tadika PASTI dan kita tanyakan pada kanak2 itu,, "dik, adik tau x rukun iman ada berapa?? cuba sebutkan??"
pasti kanak2 itu mampu menyenaraikan kepada kita list yang berada diatas,, tetapi adakah sebenarnya bermakna kita betul2 yakin kepada item tersebut jika kita sudah mampu menyebut list diatas??
sebagai contoh:

1-adakah kita ini betul2 BERIMAN kepada Allah,, percaya dan yakin akan kewujudan Allah taala yang mempunyai kuasa mutlak atas segala sesuatu,, jika benar kita yakin dengan Allah kenapa kita masih lagi bergelumag dengan dosa,, tidak berasa ragu2 tika ingin melakukan dosa,, bangga dengan amalan keji yang kita lakukan seolah2 kita langsung tidak mempedulikan ARAHAN dan SURUHAN yang Allah taklifkan kepada kita selaku khalifah diatas muka bumi..

2-adakah kita yakin dan betul2 percaya bahawa apabila terjadinya sesuatu perkara,, ia sebenarnya telah menjadi ketentuan Allah sejak azali lagi,, jadi mengapa kita harus terusan berani untuk menyalahkan taqdir sedang kita telah YAKIN DAN PERCAYA sebenarnya akan qada'dan qadar Allah..

Keyakinan sebenarnya boleh dibentuk andai kita mempunyai kefahaman yang tinggi kepada sesuatu perkara,, jadi manusia yang menanam keyakinan yang BUTA tanpa disulam dengan apa2 kefahaman sebenarnya seperti mencampakkan diri sendiri kedalam lautan semangat,, apabila lautan semangat membara,, maka banyaklah perkara yang diislahkan,, tetapi ketika surut lautan itu,, maka surut jualah perkara2 yang dilaksanakan...
perlu diingat istiqamah lebih baik dari 1000 karamah,, jadi biarlah setiap pekerjaan yang kita laksanakan ini, biarpun sedikit tetapi dapat bertahan dalam tempoh yang lama...

jadi kesimpulannya keyakinan itu terdiri dari beberapa tahap iaitu kurang, over dan juga normal,, apa2 pun belajarlah kita supaya dapat mengislahkan diri kita dari satu takuk ketakuk yang lebih baik supaya umat islam sentiasa maju dan mampu bersaing dengan penganut2 agama lain...

salam perubahan

...melayari dakwah memalui tarbiyyah...

Ahad, 31 Mei 2009

Khamis, 14 Mei 2009

Rabu, 13 Mei 2009